Ijab Qabul

Little Caliph

Jun 28, 2011

10 Jun - 23 Jun


"HambaMu telah datang menyambut panggilanMu, Ya Tuhan, HambaMu datang menyambut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu"

Segalanya dengan izin dari DIA
Hamba Mu ini tidak punya apa-apa
Berbekalkan doa dan pengharapan hanya pada Mu
Terima kasih Ya Rabb dengan kebenaran Mu hamba Mu ini hadir menyahut panggilan dari Mu
Panggilan yang hamba Mu ini mohon akan berulang-ulang dengan penuh rasa kerendahan hati... kehambaan jiwa hanya pada Mu
Rasa rindu ini menenangkan
Semoga rasa ini kekal dan membimbingku agar sentiasa merindui Mu dan Kekasih Mu

Hamba Mu ini memohon izin dari Mu Ya Allah
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar hamba Mu
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar pengikut dan umat Nabi Muhammad Ya Rasulullah
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar anak murid Guru ku
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar anak yang solehah kepada kedua Ibu Bapa ku

Aku sekadar hamba... tidak berhak mengarah Maha Pencipta... tapi aku bermohon pada Mu Ya Allah
Diberikan kami petunjuk dan janganlah Engkau membolak-balik kan hati hamba-hamba Mu setelah Engkau memberikan kami petunjuk... mohon ditetapkan hati kami ini hanya pada Mu seyakin-yakinnya... Amin