Ijab Qabul

Little Caliph

May 22, 2012

Face the reality


"mak.. kalau kita kahwin awal 2014 boleh?"

"(muka terkejut) lambat sangat.."

"hmm kita baru kerja.... tak nak aim awal nanti patah hati"



May 18, 2012

Teringat

Marking paper sambil dgr lagu demo yang start dengan puisi silat


rindu nak berdemo...
rindu nak berkumpul dgn diorang...
rindu dengar lawak sengal diorang (kdg2 menyakitkan hati) hahaha...
rindu nak borak2 ilmiah dgn diorang (ilmiah sgt =p)...
terasa? hahaha normal lah tu kadang2 memang ada tapi Alhamdulillah rasa tu cepat berlalu pergi
hubungan yang terjalin rasanya lain dari yang lain
kadang2 bila jumpa diorang lagi2 sekarang dah jauh sikit.. rasa gembira tu mcm... undefined
gembira tu kadang2 mcm nak lempang je sorang2 hahahahaha


moga kekal persahabatan ini dengan mereka dlm keberkatan Mu Ya Allah dan Guru
InsyaAllah


"Salam, kitorang singgah kubur arwah ayah mai... dalam keadaan baik semua... cuma tak sempat singgah rumah uwan je..." -sahabat,14.4.2012, 3:51pm-


Alhamdulillah atas kurniaan ini

May 17, 2012

OhhPis -----> (Opis)



Assalamualaikum ^_^


Sesi gambar opis je


Orang 1: Tok tok tok 'Assalamualaikum'



Orang 2: 'Wa'alaikumussalam' masuklah... meh jemput jemput




Orang 1: Kosong je bilik?
Orang 2: a'aa tu lah



Orang 1: nanti letaklah apa-apa biar tak nampak kosong
Orang 2: tu lah lagi.... ingat nak buat bilik nampak 'purple' sana sinun purple tapi tengoklah dulu macam mana





Orang 1: penting ke nak hias2 bilik opis sampai bertema? tak membazir?

Orang 2: tak penting or tak menjadi 1 kewajipan pun sebenarnya hahaha tak buat pun takpe tp tu lah kepuasan dan ketenangan.... bukan saja-saja nak hias ke apa ke tp kita spent most of our daily time kat opis kan so kalau boleh biarlah tempat yg kita banyak habiskan masa tu tempat yg menenangkan bila tengok, menenangkan bila buat kerja dan memotivasikan kita untuk semangaattt!!... InsyaAllah...

Orang 1: Oh ok ok

-- mula-mula ingat nak ke'purple'an kan bilik, tp nampak gayanya campur-campur je jadinya hahaha sebab survey karpet kaler purple maheiii heeii

.....................

beberapa minggu kemudian.....


beli karpet hijau =)

Karpet untuk diri sendiri n untuk orang yg datang


buat masa ni notes/memo main tampal2 je kat dinding hoho (kepikiran nak beli soft bord so boleh main cucuk2 lak nanti hahaha)


Oh i likeeee this part <------ psycho kan minda bawah sedar

atas ni paper final exam
dua bundle kat bawah dah tanda
yang atas belum.... (ehh belum tanda ek mai tp rajin lak ngomel kat sini)

hmmm buat masa ni, ni je kot


Ok ataaa!



nota kakiku: Orang 1 & Orang 2 adalah orang yg sama (mai) hahaha sengal!




May 4, 2012

Umrah

Assalamualaikum ^_^


15.03.2011 (selasa)
Malam tu ada kelas silat di Puncak Perdana, handphone simpan dalam kereta, waktu rehat or dah nak balik (kurang pasti) pergi ambil handphone dan tertera 'miscall' dari ayah (kalau tak silap masa tu jam 10pm lebih atau awal 11pm).

Lepas tu mesej ayah, tanya ayah call tadi ada apa, dan minta maaf sebab tadi ada kelas silat

Ayah reply "ia agaknya bulan mei dah habis belajar ke?" -15.03.2011/11:14pm-

Lepas baca mesej ayah tu terus berdesup dalam hati.... ayah nak ajak pergi umrah ke...

sebelum ni tiada ura-ura pun ayah nak ajak pergi umrah atau cakap pasal umrah or seumpama dengan nya, tapi waktu ayah tanya bila habis belajar, memang terus terlintas macam tu

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-flashback-
masa turut mengantar rombongan umrah YM Tn.Guru dan rakan-rakan silat lain, berbual dengan kak Puspa... ada bagitau pasal teringin nak pergi... kak Puspa kata pasanglah niat sekarang... sekarang ni... lepas kak Puspa cakap macam tu masa tu gak pasang niat lagi (sebelum ni pun bila mengantar ada pasang niat gak)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

lepas ayah tanya tu mai bagitau mungkin dah habis atau tengah exam (sort of)

"ayah fikir kalau di izinkan Allah nak bawa pergi umrah. sebab induk ajak ayah pergi" -15.03.2011/11:19pm-

tak ingat lepas tu mai reply apa, tapi ayah mesej..
"ok mudah2an di izinkan Allah. nanti minta pendapat mak."-15.03.2011/11:30pm-


-10jun-23jun2011-

cop pertama
.
.
.
.
.

Selepas selesai umrah pertama... Alhamdulillah

.
.
.
.
.

Terima kasih ayah, terima kasih mak, terima kasih YM.... Terima kasih Ya Allah




Ingatan



Assalamualaikum ^_^


Pukul 4 lebih pagi tadi terjaga dari tidur sebab bunyi mesej *ding dong* (to be exact 4.07am)

Cik Nah mesej...
 
"Assalamualaikum, Alhamdulillah. Insya Allah bila baca Surah Yasin, berdoalah ditemukan jodohmu lepas ayat 36. ikhtiar...baru sedar situ ada Firman Allah pasal jodoh. Berinteraksi lah dengan al-Quran, membaca nya ibarat Allah bercakap dengan kamu..."
.
.
.
.
.

Cik Nah ni adik ayah, sama-sama pergi sekali umrah tahun lepas


Dari kiri : Dijah (anak Cik Nah), Cik Nah, Ayah =') dan Induk (adik ayah)

Lokasi gambar: lapangan terbang Jeddah




p/s: Terima kasih Cik Nah atas ingatan



May 3, 2012

Perihal Pernikahan - Sengalnyeeee amaaaaiii


Assalamualaikum ^_^


Boleh tak mai ingatkan kalau belanja kenduri belah perempuan tu bakal suami yang tanggung dan pihak perempuan hanya bantu jika kekurangan ^_~ hahaha sengal! mana ntah datang fahaman macam tu

Nasib baik fahaman dah kembali ke pangkal jalan =p

Haritu ada berbual dengan sorang kawan ni dia ada bagitau yang belah perempuan mak ayah yang tanggung... lepas tu empunya diri yang kurang kesedaran diri dan kurang ilmu pasal benda ni tapi nak cakap gak (mai lah tu) utaralah apa yang dia RASA DIA FAHAM tapi sebenarnya SALAH FAHAM *sengal* "eh taklah lelaki kan yang keluar duit untuk kenduri belah perempuan"

Malam tadi tanya mak "mak kenduri belah perempuan siapa tanggung?".... "belah perempuan yang tanggung... duit hantaran pihak laki bagi tu boleh guna buat tampung kalau tak cukup" (dialog sebenar tak ingat tapi maksud sama)...... Jelas tak mai OOOO mai....

-----> Salah fahaman = lelaki tanggung kenduri belah perempuan & belah lelaki, perempuan tampung mana kurang untuk kenduri belah perempuan

-----> Fahaman sebenar = perempuan tanggung belah perempuan & lelaki tanggung belah lelaki, lelaki tampung jika ada kekurangan belah perempuan

Sumber : http://psstunaminah.pkgbatupahat.com/articles.php?article_id=104


Ingat kan duit hantaran yang bakal suami akan bagi memang totally untuk buat kenduri belah perempuan, rupa-rupanya bakal suami boleh bagi duit hantaran tu khas buat bakal isteri atau untuk tampung kenduri


Hahaha baru nak lenggang kangkung =p haip haip!


Sekadar hiasan - sumber : http://wanwma.com/tag/hantaran-perkahwinan/


Sebagai iktibar
----> bila bercakap biar dengan ilmu, kalau tak tahu sila bertanya, kalau kurang pasti sila bertanya... bertanya pada yang arif



Ok atataa!