Ijab Qabul

Little Caliph

Nov 29, 2011

Today's menu

Assalamualaikum ^_^


Hari ni rajin yang tak rajin.... perut lapar pikir pikir pastu gedebak gedebik gedebuk! ni jeeee hahahaha errkkk (bunyi sendawa yee) Alhamdulillah


Banyak bawang dalam masakan adalah haruusss =P


Ayam goreng kunyit


 Jumpa tak ayam dalam tu hahaha stok ayam kat umah tinggal 3 ketul je jadi bersederhanalah ^_^



Telur masak sambal


Tu je... rajin yang tak rajin ^_^



Ok bai!



p/s: lama tak buat kek batik.... huuu teringat T_T

Nov 25, 2011

wondering ring riinngg


Assalamualaikum ^_^


kalau kita nampak artis seksi dalam tv agak-agak kita cakap apa? kita fikir apa ye? mungkin tak ada yang macam ni...

"pehhh gila apa pakai macam tu dah macam &*^&@!*%$ ni mesti kes nak tayang body, mesti nak publisiti ntah apa-apa, mesti duit dia tak berkat sebab tu jadi macam tu"

lepas tu ada tak yang TERtambah perisa macam ni
"aku rasa ni mesti nak goda vip vvip anak vip vvip suami si polan si polan" 

pastu sebab syok sangat bercerita TERtambah ni pula walaupun sebenarnya memang sengaja bukan TER pun
"mak bapak dia tak kan tak ajar ek... ehh bukan dia ni dari keluarga baik-baik ke... eh orang kata kalau masa muda kita pernah buat nanti anak kita pun buat... Astaghfirullahal'azim ntah-ntah mak bapak dia dulu...."

ada tak sampai macam tu?? tu semua andaian kan?? pernah terfikir tak andaian tu boleh timbul fitnah??
"fitnah apa pula ni.... aku cerita je dah siapa suruh dia pakai macam tu..." 

jom kita tengok agak-agak yang mana boleh jadi benih fitnah tu:

hmm hah ni boleh tak...
(1)  si A: "mesti duit dia tak berkat sebab tu jadi macam tu"
      si B : "a'a la wei konfem tak berkat tu"

(2)  si C: "aku rasa ni mesti nak goda vip vvip anak vip vvip suami si polan si polan"
      si D : (..dlm hati..) ntah-ntah dia yang hancurkan rumahtangga si polan si polan

(3)  si E: "eh orang kata kalau masa muda kita pernah buat nanti anak kita pun buat... Astaghfirullahal'azim ntah-ntah mak bapak dia dulu...."
      si A-Z: (...dalam hati... luar hati... depan belakang hati...) yelah kot macam tuuuu Astaghfirullahl'azim apalah mak bapak dia

ok dah tu minta ampun kat Allah masa sebut Astaghfirullahal'azim... tapi banyak kan sebenarnya fitnah yang dah tertabur... buatnya kawan-kawan dia pergi sampai menyampaikan segala jenis 'andaian' pada kawan yang lain... pada laman sosial yg beratus-ratus 'friend list' dia and it keep on going... semua dah boleh fikir kot kan impact nya... selain artis banyak lagi topik yang dah TER (macam "ntah-ntah si polan makan rasuah... si polan bla bla bla" )

tu fitnah... kalau kita kutuk-kutuk ngumpat-ngumpat orang tu macam mana lak ni??

"dah siapa suruh artis tu pakai seksi sampai jadi sumber kutukan umpatan aku kan... serve you right lah"... "hmm eh tapi dia yang pakai seksi tu biarlah dia yang tanggung ke apa ke... boleh je aku cakap baik-baik, bagi nasihat ke apa ke sebenarnya...aku ni dah TERlanjur kutuk ngumpat dia macam mana niiii.... alaaaaaaa dah berat bahu kiri (-_-") "

kita boleh minta ampun kat Allah... salah kat kawan minta ampun kat kawan..

"tapi buatnya dia tanya aku buat salah apa, adooiii takkan aku nak mengaku yang aku jadikan dia bahan lawak sampai kitorang gelak tak ingat"

salah kat artis, kat ahli politik, kat yang tak tercapai akal ku lak macam manaaaa...

"hmm tak kan aku nak pergi jumpa artis tu lak... tak kan nak pergi mengadap menteri tu... takpalah aku doa banyak-banyak moga diorang jenis yang memang memaafkan orang sebelum diorang tidur"


p/s: sesungguhnya dengan berkongsi tidaklah bermaksud saya lebih baik dari anda... sebab saya pun ada TERsyok cakap macam tu.... aaaaaa macam mana niii... Astaghfirullahal'azim serve me right (-_-") kita ingat-mengingati sesama kita ye... InsyaAllah



Ok bai ^_^

Nov 24, 2011

Boleh ye kalau nak....



Chicken Chop sedap!


Assalamualaikum ^_^


Dah berapa hari (ke minggu ek) teringin nak makan chicken chop yg sedap
Bukan yang tepung tu tau
Yang macam ni hah ni hah ni hah hah hah grilled chicken chop!


GooOoooggle =) nyum nyum!



Derita tau nak google gambar sedap ni... derita yang sedap! hahahaha
Kalau dah dapat baru bahagia yang sedap! yeeehuuuuuu huhuhu nak (-_-")



Ok bai!

Nov 23, 2011

Baca buku

Assalamualaikum ^_^



Semalam beli buku 'The Tipping Point' by Malcolm Gladwell
Belum habis baca lagi but so far i'm passionate about it
Buku ni macam novel tapi bukan hehehe
Buku ni a terrifically rewarding read!! hahaha bukan mai yang cakap tau tapi kat bawah ni hahh


and below some more comments from the expert




Ada cerita pasal Hush Puppies yang dulu memang orang tak kenal, kasut murah, kira memang orang tak nak beli pun tapi at one time something occur so called 'Tipping Point' yang membawa pada kemasyhuran Hush Puppies sekarang ni

Ada macam-macam lagi yang sebenarnya mungkin ada relate dengan kita dan sekeliling kita cuma antara kita sedar atau tak


Nanti dah habis baca InsyaAllah mai buat review (hehe hopefully rajin lah nak review) after all knowledge is meant to be shared ^_^ before nak tunggu mai habis baca boleh lah tengok ringkasan kat belakang buku ni dulu




p/s: rajin kan diri maaaiii =)

Nov 21, 2011

Listingg ting ting


Assalamualaikum


Kat bawah ni senarai IPTA/IPTS yang InsyaAllah saya nak apply for now. 
All of it had business faculty except for UniKL Mitec, but they do have business subject so called marketing hehehe ^_^

* UiTM (Melaka & Kampus JB)
* UKM
* UTM
* UNITAR
* UniKL Mitec (Pasir Gudang)
* UNISEL

Pilihan pun area Johor - Kuala Lumpur hehehe
Hopefully ada yang sangkut... kalau semua sangkut pun baguuiihh nanti boleh pilih-pilih hahaha =P
Tapi... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya ^_^  Yeay!


Nov 18, 2011

Duit - Alat - Punca - Usaha - Doa


Assalamualaikum ^_^


Guru saya pernah berpesan pada anak-anak muridnya tentang 'duit adalah alat'
kita memang perlukan duit... ia bertindak sebagai alat untuk sesuatu
tapi jangan jadikan duit semata sebagai tujuan hidup.. bukan kita yang menjadi alat pada duit
Guru saya pernah berpesan juga 'kalau ada duit simpan dalam bank jangan simpan dalam hati'

Salah 1 cara nak dapat duit dengan bekerja
Tapi ingat! duit bukan datang dari pekerjaan tapi duit datang dari DIA (hah kena betul-betul pegang ni)
Bekerja itu sebagai 'penyebab'.. bekerja itu sebagai usaha kita..

Saya berdoa semoga tak lama lagi saya akan bekerja ^_^
*Semoga pekerjaan itu akan menjadi salah satu punca rezeki yang diberkati-NYA.. Amin
*Semoga pekerjaan itu dan rezeki yang datang bersama akan mendekatkan saya pada Maha Pemilik dan Kekasih-Nya.. Amin
*Semoga rezeki yang akan datang dari sebab pekerjaan itu akan menjadi salah satu cara saya dapat lebih berbakti kepada Mak dan Ayah, kepada Guru & kepada Islam yang benar.. Amin

Walau apa pun... InsyaAllah (Jika Allah menghendaki)

Nov 8, 2011

Luka


"...tampak luaran kering, bila diusik rupanya dalaman masih basah... darah kembali mengalir... luaran dan dalaman mungkin berbeda..."






tersurat tersirat:
luka pada jari terhiris pisau sewaktu potong lemang rupanya dalamannya
masih belum sebenar kering seperti tampak luarannya