Ijab Qabul

Little Caliph

Aug 23, 2011

Disebalik lagu Taubat Maksiat


Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian...

Bagi saya memang sedap lagu dari Wali Band terutama Taubat Maksiat kerana mesej yang cuba disampaikan

Sehari selepas pulang menunaikan ibadah umrah iaitu hari Jumaat (24 Jun), kami sekeluarga (Almarhum ayah, mak, abang & saya) bertolak pulang ke Johor dari Shah Alam... Kami guna dua kereta (mak dengan abang & saya dengan Almarhum ayah)

Kalau saya drive memang akan pasang CD yang di burn pelbagai lagu... ayah duduk di sebelah
Sampai saja lagu Taubat Maksiat, ayah kata sedap lagu tu & dia tanya siapa yang nyanyi... saya  cerita serba sedikit tentang Wali Band
Ulang-ulang kami dengar lagu Taubat Maksiat... saya pun nyanyi kuat-kuat dalam kereta, lagi-lagi bila ayah kata ayah suka lagu tu..............

Kini bila saya dengar lagu tu... teringat Almarhum ayah yang dikasihi
Bila ayah sudah pulang ke pangkuan-Nya, saya cerita pada mak, abang & kaklong tentang pengalaman saya bersama Almarhum ayah mendengar lagu Taubat Maksiat...... dan sekarang kalau drive jauh bersama mak, mak suka dengar lagu tu...... memang sedih lagi-lagi bila menghayati liriknya tapi tidak mengapa... InsyaAllah


Dengarlah hai sobat (sahabat)
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo (ayuh) sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat (sahabat) ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

(sumber lirik: google)


Aug 21, 2011

Ramadhan


21 Ramadhan

"HambaMu ini bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Ya Allah dan hambaMu ini bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu sebenar-benar pesuruh Mu Ya Allah"


Alhamdulillah...
Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu


Terima kasih Ya Allah
Terima kasih Ya Rasulullah
Terima kasih Guru ku
Terima kasih Ibu ku
Terima kasih Ayah ku


Aug 4, 2011

Solat jenazah pertama


Seingat saya, saya tak pernah buat solat jenazah sebelum ni
sebelum menunaikan ibadah umrah ayah ada ajar cara solat jenazah
ayah kata nanti kat sana tiap waktu akan buat solat jenazah dan selalunya siapa yang balik dari umrah/haji kalau dengar ada kematian akan nak pergi untuk solatkan jenazah itu (lebih kurang macam tu ayah cakap)
sampai disana saya minta ayah sekali lagi ajarkan cara dan bacaan dalam solat jenazah

dan...
setelah dua minggu pulang dari menunaikan ibadah umrah...
jenazah ayah lah yang pertama saya solatkan disini...

Jenazah ayah disolatkan sebanyak tiga kali
pertama di hospital, kedua di masjid perumahan dan ketiga di kampung
dan juga solat jenazah ghaib yang dilakukan oleh adik saudara bersama rakan-rakannya di Mesir

Allah Maha Besar
Allah izinkan saya melakukan solat jenazah yang pertama itu iaitu di hospital
kalau boleh memang saya nak buat ketiga-tiga tapi Allah Maha Mengetahui dan saya amat bersyukur dengan penentuan-Nya... perancangan-Nya cukup indah... cukup sempurna... Allahuakbar

Semasa ayah masuk hospital terdetik dihati ini kerisauan jika ada apa-apa berlaku pada ayah, kemungkinan saya tidak dapat solatkan ayah... sebab jika ikut tarikh sepatutnya kurniaan kepada setiap wanita dewasa seperti saya sudah tiba...
tapi DIA sebaik-baik Perancang & DIA Penentu segala
doa saya ketika itu tidak terzahir hanya dihati antara saya dengan DIA... mohon dilambatkan kurniaan itu dan semoga mengizinkan saya dapat solatkan ayah jika ditakdirkan ayah pulang ke Pemiliknya Yang Mutlak...

Allahuakbar... Sungguh besar kurniaan-Mu Ya Allah pada hamba-Mu yang sering alpa
DIA izinkan saya melakukan solat jenazah yang pertama itu... dilambatkannya seminggu...
betul-betul beberapa ketika setelah DIA beri saya izin melakukan solat jenazah buat ayah...
diizinkan anak ini menyolatkan ayahnya.. solat jenazah yang ayahnya sendiri ajarkan beberapa minggu sebelum kepulangan seorang ayah ke Penciptanya


Tidak terlafaz kata
Tidak terzahir rasa
Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu
Terima kasih Ya Allah


Aug 3, 2011

no title

Tak dapat nak kongsi pengalaman umrah pertama disini
sebab buat masa ni bila teringat jadi sedih... banyak kenangan disana dengan ayah
pengalaman pertama dan terakhir dengan beliau
disini saya sertakan link blogger yang memang menetap disana.. link ni dapat dari seorang kawan yang bersama dengan rombongan umrah tempoh hari... dia bagi masa awal-awal saya upload gambar umrah dalam FB
dah lama tak buka blog mereka sebab terbayang-bayang...

1. http://kehidupandimekah.blogspot.com/
2. http://manzlie-makkah.blogspot.com/

Al-Fatihah buat arwah ayah yang kukasihi (Haji Alias Bin Haji Mansor)... Semoga ayah dikurniakan Kasih, Sayang dan Ehsan dari Illahi... Amin..