Aug 23, 2011

Disebalik lagu Taubat Maksiat


Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian...

Bagi saya memang sedap lagu dari Wali Band terutama Taubat Maksiat kerana mesej yang cuba disampaikan

Sehari selepas pulang menunaikan ibadah umrah iaitu hari Jumaat (24 Jun), kami sekeluarga (Almarhum ayah, mak, abang & saya) bertolak pulang ke Johor dari Shah Alam... Kami guna dua kereta (mak dengan abang & saya dengan Almarhum ayah)

Kalau saya drive memang akan pasang CD yang di burn pelbagai lagu... ayah duduk di sebelah
Sampai saja lagu Taubat Maksiat, ayah kata sedap lagu tu & dia tanya siapa yang nyanyi... saya  cerita serba sedikit tentang Wali Band
Ulang-ulang kami dengar lagu Taubat Maksiat... saya pun nyanyi kuat-kuat dalam kereta, lagi-lagi bila ayah kata ayah suka lagu tu..............

Kini bila saya dengar lagu tu... teringat Almarhum ayah yang dikasihi
Bila ayah sudah pulang ke pangkuan-Nya, saya cerita pada mak, abang & kaklong tentang pengalaman saya bersama Almarhum ayah mendengar lagu Taubat Maksiat...... dan sekarang kalau drive jauh bersama mak, mak suka dengar lagu tu...... memang sedih lagi-lagi bila menghayati liriknya tapi tidak mengapa... InsyaAllah


Dengarlah hai sobat (sahabat)
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo (ayuh) sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat (sahabat) ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

(sumber lirik: google)


No comments: