Ijab Qabul

Little Caliph

Dec 3, 2012

Tarikh clash



huuuuu tarikh yg kedua tu clash dengan anak sepupu mak (kira dua pupu dgn mai??) hmmmm T_T


sedih.....

Nov 30, 2012

Tarikh


Academic calendar 2013 dah keluar kat website ^____^

Hopefully tu tarikh yg dah finalize (dah finalize lah kan kalau tak, tak kan dah keluar kat website kan kan) huhu moga-moga.

Penting sebab tarikh2 tu akan relate dengan expected date untuk mendirikan masjid, mengikut sunnah Rasulullah.... InsyaAllah.

Kalau tarikh clash dgn exam nnt tak dapat guna dewan unikl, kalau clash dengan waktu student belum cuti nanti cuti kawen kurang menarik sebab sambil cuti sambil fikir hal ehwal kelas/student/event universiti/etc

Sekarang ada 3 tarikh..... so far berat ke pilihan tarikh yang ke-2.... semoga dipermudahkan Allah.

Haritu masa ijazah silat kat sini Alhamdulillah berkesempatan jumpa YM GU untuk inform ttg perancangan nak nikah kawen next year n minta pendapat tarikh2 yang dah dibincang. Sesungguhnya YM GU seorang yg bijaksana ^_^

Semoga tak clash dengan event beliau, dengan event kawan-kawan & event lain. InsyaAllah.


Kat bridal tak inform lagi ni yang tarikh kemungkinan bertukar.....hopefully dia ok dan tak menyusahkan mereka.


tu je kot =D

Ok atataaa ^_^



Nov 16, 2012

Semoga berkat semoga memudahkan


Assalamualaikum ^_^


Semoga pernikahan & majlis perkahwinan nanti dalam berkat Illahi, mengikut sunnah Rasulullah s.a.w (walau tak semua biarlah ada juga huhu), mengikut syariat Islam (walau tak semua biarlah tidak mencemarkan), memudahkan kedua belah pihak, menggembirakan kedua keluarga saudara mara sahabat handai para tetamu dan seluruhnya, InsyaAllah.


Zaman sekarang bukan mudah untuk mengurangkan belanja perkahwinan, nilai duit dahulu nilai barang dahulu dan sekarang jauh bezanya. Tetapi sangat berharap semoga tidak melampaui apa yang sepatutnya tidak membebankan sesiapa.


MUA (make up artist) penting tak? pendapat saya penting sebab InsyaAllah perkahwinan ini untuk sekali seumur hidup. Kita nak tengok gambar kahwin selamanya, kalau tak kemas bila tengok gambar je sedih hehehe... bagi saya ini lebih kepada kepuasan pengantin. Nama pun raja sehari haruslah berseri-seri ^_^

OP (official photographer) penting tak? pendapat saya OP pun penting sebab gambar adalah kenangan pengantin tersebut.... kalau berkualiti sampai ke anak cucu cicit boleh tengok, kalau cantik OP tu amik sampai ke tua kita boleh perasan muda tiap kali tengok gambar kahwin "meh sini cu tengok uwan mudo2 dulu cun bona solid molid ekau pun kalah tauuuu" hahaha. Tapi kalau tak nak pun tidak menjadi masalah asal kan dah assign sesiapa untuk capture every moment of your wedding. Video pun best! sebab gerak2 hehehe

Catering?? memanglah penting kan sebab nak bagi tetamu makan... tak kan diorang datang semata nak tengok pengantin salam-salam hulur2 duit pastu balik (ehh hulur duit....hahaha). Mestilah diorang nak makan.. kita dah jemput orang datang kita kenalah menghormati mereka sebagai tetamu... belanja kahwin part makan ni lah yang paling tinggi kos nya huhuhu.

Doorgift? dah menjadi adat akan bagi 'something' pada tetamu untuk dibawa pulang. Part ni boleh dikurangkan belanja sebab diorang dah makan dah wawawawa =P bagilah ikut kemampuan. Pendapat saya benda yang diorg betul2 boleh guna (bukan sekadar buat hiasan) or bagi makanan (habis makan terus buang).

Bridal (ambil time promosi)
Kad kahwin
Hantaran
etc

semoga dapat menjaga apa yang sepatutnya dijaga, InsyaAllah (secara jujur bukan mudah bagi saya nak jaga semuanya)....banyak yang memandang... takut hari yang membahagiakan sedar tanpa sedar akhirnya bertambah dosa nya T_T



**hmmmmmm rupanya kursus kahwin tak pergi lagi ("-_-)



Oct 9, 2012

Qasidah - Ya Hanana

Assalamualaikum

Pagi tadi gosok baju nak pergi kerja buka TV9
Setiap pagi TV9 ada macam2 siaran ilmiah (cuba tengok) mai taklah rajin tapi InsyaAllah paksa sikit2 huhu

Ok tadi lambat buka TV9 so terlepas Tanyalah Ustaz, Pesan Atuk etc.. masa buka tu slot Halaqah (ulangan), time tu diorang berqasidah 'Ya Hanana'.... Ya Allah baru sedar keindahan nya huhuu

Maksud Ya Hanana tu 'Berapa Beruntungnya kami'... dengarlah dengarlah google je ^_^

Pada siapa yg belum pernah dgr 'Ya Hanana' cuba lah ye.... indah... mai tak reti pasal qasidah ni, mesti ada lagi yg lain2 kan



p/s kalau ada rezeki panggil group qasidah untuk menyerikan majlis ok juga kan..... InsyaAllah

Sep 23, 2012

Banding harga untuk JIMAT



Assalamualaikum ^_^


kawan mai ada suggest 1 page ni for online shopping barang2 kosmetik, perfume n macam-macam lagi
bermacam brand (SK-II, Clinique, Elizabeth Arden, etc) for women & men (3rd gender dunno =P )


mai belum penah beli lagi tapi usha selaluuu hahahaha memang macam2 adaaaa

ok just my 2cents suggestion for bride-to-be.... macam mana nak menjimatkan (InsyaAllah)

selalu kan orang beli set perfume, set cosmetic untuk hantaran kan. So, first pergi survey2 usha2 dulu kat kedai, jusco semua tu set2 yg diingini... amik gambar n then compare price dengan yang online... kalau online selalu beli asing2 bkn set kan, tp kalau kat online lg murah boli yo xyah pikir laie lotak yo dlm bakul n hias cantik2 terus nampak 1 set kaann

kalau kat kedai lagi murah beli je kat kedai ^_^

sebagai contoh untuk buat set 'basic SK-II' guna online shopping kita memerlukan:

1. Kotak SK-II (RM15)
2. Facial Treatment Essence 30ml+30ml (RM128)... or boleh beli 30ml je (RM68)
3. Facial Treatment Mask 1 pcs (RM30)
4. Facial Treatment Clear Lotion 40ml (48)

Total RM 221.... kalau FTE tu beli 1 je 30ml Total RM 161

set perfume ke apa ke kira sendiri lah ea... macam-macam ada kat website tu


Semoga urusan kita dipermudahkan & dapat menjimatkan apa yang boleh untuk kelangsungan hidup dikemudian hari, InsyaAllah.


Ok atataa (nak makan labu masak lemak + sambal udang petai + ikan goreng + nasi)



Sep 12, 2012

Quick update - malu pada diri

Assalamualaikum ^_^ 


Cepat-cepat taip sebab nak cepat-cepat buat soalan final exam (kenapa cepat? sebab dah lama sangat bertangguh)  <-----bad habit yang sangat bad wawawa

Sepanjang bulan Syawal ni rasanya weekend memang pack belum ada lagi yang duduk goyang kaki kat rumah (yeke??) macam weekend2 sebelum2 ni hahahaha nampak sangat selalu goyang kaki

Ada kenduri-kenduri kawen, besday Adam yang ke-2 tahun
dan minggu ni ada open house YM Tuan Guru di KL, Karnival Wajadiri Kebangsaan di KL, kenduri kawen member silat (belah lelaki) di Gombak... belah perempuan tak dapat pergi sebab clash dengan abg sedara kawen.

Ok.. apa yang mai nak cuba sampaikan....

Terdetik dihati ni yang kalau boleh tak attend minggu ni punya events (mesti syaitan yg bisik.... salahkan syaitan).... tak attend sebab rasa macam jaaaauuuhhhhnya nak drive JB-KL-JB letih waaaaaaaaaa tak baiknya terdetik macam tu (tolong jadikan pengajaran ye huhu)

Bisik balik pada diri (sebab nak lawan hasutan syaitan... salahkan syaitan lagi)....

"Mai... kalau YM boleh pergi setiap negeri, sabah, sarawak, australia untuk mengijazahkan ahli baru... kalau YM boleh menghadirkan diri ke jemputan kawen anak muridnya yang jaaaauuuuhhh mahupun dekat... kalau YM boleh stay lama-lama dalam satu-satu majlis untuk entertain anak murid dia... apa alasan kau mai untuk tak hadir? apa yang kau penat sangat mai? Tu majlis open hause Guru kau, tu event persatuan yang kau sayang, tu kenduri kawen member kau sendiri bukan orang lain"

huuuu malu sangat pada diri sendiri :'(

perkara yang mai risau bila dah duduk jauh sekarang ni adalah bukan sahaja secara fizikal nya jauh tapi sangat risau kalau hati dan perjuangan semakin jauh dari Guru... semoga istiqamah... semoga sentiasa 'dekat' InsyaAllah


p/s yang baik jadikan ikutan, yang kurang baik jadikan tauladan


Ok atataa


Sep 3, 2012

Booked


Assalamualaikum ^_^


Promosi Ramadhan haritu mai ambil =) mana lah tau kannn...
15/8/12 minta tolong Pn.Fifah (wahh dah puan dah hehe) temankan pergi Izan Yacob Bridal House
dah usha2 dah tanya2 so terus booked sebab nak harga promosi hehehe =)
so far tengok abg izan ni peramah n membantu.... semoga dipermudahkan

mai ada tanya kalau nak design baju sendiri kena tambah berapa, abg izan kata tak perlu tambah sebab semua dah kira dalam pakej... cuma if nak design sendiri dah kena tunjuk/hantar design sekarang (asap)

InsyaAllah nak jumpa abg izan petang ni nak tunjuk design macam mana yg berkenan di hati
simple je design nya =) hopefully abg izan setuju n dapat buat n sesuai dengan kami. InsyaAllah.

hubungan jarak jauh ni agak sukar juga nak discuss baju, tema, kaler etc yg 22 pihak setuju hahaha tapi nasib baik ada teknologi so memang selalu wassap gambar2 design je dgn jas... so far Alhamdulillah dia setuju... hehe lagipun simple je design nya tak berat

**lupa nak inform... bukan mai design sendiri tau hahaha tak reti lerr... just tengok gambar2 baju kt fb/magazine/blog/website yg berkenan di hati kami

hmm apa lagi ek... macam dah takda apa2 kot lagi =D


yg di 'tick' adalah yg akan diprovide dalam pakej dewan


Ok atataaa ^_^




Aug 14, 2012

Promosi Ramadhan

Assalamualaikum ^_^


Izan Yacob Bridal house ada buat promosi sepanjang bulan Ramadhan (lg berapa hari je tinggal)
Kalau area johor ni bridal memangggg mahaii (normally above 6k) huhuhu
cantik2 juga design dari abg izan tu, orangnya pun macam peramah ^_^

** serach kt FB Izan Yacob Bridal house (sorry tak dapat link kan sb office hour tak boleh buka FB hehe)

Harga promosi Ramadhan utk pakej dewan jadi 4k =) lengkap semua!
tak kira majlis bulan berapa, tahun depan pun boleh yang penting booking dulu sekarang dgn deposit RM500

Bila kira-kira... kalau burn RM500 tu lagi berbaloi dari lambat booking end up harga pakej semua 6k-7k++ standard pakej dewan bridalsss kat sini huhuhu mahaiii kan... tapi harap tak burn lah

InsyaAllah kalau amik yg 4k tu boleh jimat around 2-3k++ gak huhuhu boleh guna untuk kesinambungan hidup mendatang, InsyaAllah =P

Ada pm fb abg izan tu utk tanya apa je yg akan dpt dalam pakej dwn 4k tu... ni yg akan diberi:

- pelamin dewan (3 panel++ ~ penuh stage)
- hiasan main table
- sepasang baju sanding L/P
- baju potong kek L/P
- solekan 2x (nikah & sanding)
- baju nikah (perempuan shj)
- aksesori (crown, rantai, dll) utk L/P
- bunga laluan 8 pcs
- arch (gerbang)
- meja kek
- alat renjis
- red karpet
- payung
- bantal & kipas

InsyaAllah nak pergi butik dia esok dgn Cik Fifah ^_^ nak tanya betul2 & tengok2... if ok boleh booking sb nak harga promosi

Semoga dipermudahkan dan diberkati Allah urusan ini, InsyaAllah


Ok atataa ^_^


Jul 4, 2012

Jimat


Assalamualaikum...

perhatian::: 
post ini bukan membawa makna sy dah nak kawen hahaha...

Kalau boleh semua nak buat sendiri... semua nak DIY sebab nak jimaaaatttttt wawawawa
pelamin? baju nikah sanding? doorgift? wedding cake? makan2? apa lagi apa lagi u name it hahaha tp 'kalaulah boleh'.... ada kalau kat situ kan =P

nak simple je.... simple tau bkn cincai hehehe

so far rasanya yg boleh buat sendiri part doorgift tu (InsyaAllah)
manyakk jimat woooo.... cuba bygkan klo 1 doorgift rm2... 1000 jemputan = rm2000
kalau buat sendiri manyakk jimat woooo boleh save g hanimun ke belanja kwn2 ke ehhh baik sgt lak =P

tapiiii perlu diingat doorgift tu kenalah yg mmg boleh DIY kn mcm cokelat,muffin,cupcakes

memang penat buat sendiri tp antara jimat atau penat nk pilih mana?? timbang kira lah sendiri hehehe kalau jumpa org yg charge murah mmg sgt best!

guestbook table boleh buat sendiri (InsyaAllah)

dah bagitau kaklong n mak nnt mai turunkan ilmu =P supaya sama-sama boleh tolong buatkan doorgift hahahaha nak jimaaatttttt (InsyaAllah)... kalau jadi lah nak buat doorgift macam tu... kalau tak "order kuar duit" lerrrr

kadang-kadang tengok pelamin zaman sekarang ni pun macam boleh buat sendiri je tapi yang kat rumah punya lah... kalau kat dewan besar lak space pentas nya

kalau pandai jahit boleh at least buat baju nikah sendiri

jimaaaattttt punya pasal =P kedekut ke taknak membazir nama nya ni?? sy memilih 'taknak membazir' instead of 'kedekut'


tu je kot buat masa ni


Ok atataa ^_^


p/s: berapa banyak 'kalau' daaaa



Jun 4, 2012

.....




klik untuk lebih jelas
 

Ilmu Islam dihapuskan?

Timbulnya kejahilan?

Banyak berlaku jenayah terutamanya pembunuhan?


..... sebelum munculnya kiamat .....


Kiamat itu pasti

..... takut... risau... sebab tahu empunya diri masih jauh dari sedia.... :'(



May 22, 2012

Face the reality


"mak.. kalau kita kahwin awal 2014 boleh?"

"(muka terkejut) lambat sangat.."

"hmm kita baru kerja.... tak nak aim awal nanti patah hati"



May 18, 2012

Teringat

Marking paper sambil dgr lagu demo yang start dengan puisi silat


rindu nak berdemo...
rindu nak berkumpul dgn diorang...
rindu dengar lawak sengal diorang (kdg2 menyakitkan hati) hahaha...
rindu nak borak2 ilmiah dgn diorang (ilmiah sgt =p)...
terasa? hahaha normal lah tu kadang2 memang ada tapi Alhamdulillah rasa tu cepat berlalu pergi
hubungan yang terjalin rasanya lain dari yang lain
kadang2 bila jumpa diorang lagi2 sekarang dah jauh sikit.. rasa gembira tu mcm... undefined
gembira tu kadang2 mcm nak lempang je sorang2 hahahahaha


moga kekal persahabatan ini dengan mereka dlm keberkatan Mu Ya Allah dan Guru
InsyaAllah


"Salam, kitorang singgah kubur arwah ayah mai... dalam keadaan baik semua... cuma tak sempat singgah rumah uwan je..." -sahabat,14.4.2012, 3:51pm-


Alhamdulillah atas kurniaan ini

May 17, 2012

OhhPis -----> (Opis)



Assalamualaikum ^_^


Sesi gambar opis je


Orang 1: Tok tok tok 'Assalamualaikum'



Orang 2: 'Wa'alaikumussalam' masuklah... meh jemput jemput




Orang 1: Kosong je bilik?
Orang 2: a'aa tu lah



Orang 1: nanti letaklah apa-apa biar tak nampak kosong
Orang 2: tu lah lagi.... ingat nak buat bilik nampak 'purple' sana sinun purple tapi tengoklah dulu macam mana





Orang 1: penting ke nak hias2 bilik opis sampai bertema? tak membazir?

Orang 2: tak penting or tak menjadi 1 kewajipan pun sebenarnya hahaha tak buat pun takpe tp tu lah kepuasan dan ketenangan.... bukan saja-saja nak hias ke apa ke tp kita spent most of our daily time kat opis kan so kalau boleh biarlah tempat yg kita banyak habiskan masa tu tempat yg menenangkan bila tengok, menenangkan bila buat kerja dan memotivasikan kita untuk semangaattt!!... InsyaAllah...

Orang 1: Oh ok ok

-- mula-mula ingat nak ke'purple'an kan bilik, tp nampak gayanya campur-campur je jadinya hahaha sebab survey karpet kaler purple maheiii heeii

.....................

beberapa minggu kemudian.....


beli karpet hijau =)

Karpet untuk diri sendiri n untuk orang yg datang


buat masa ni notes/memo main tampal2 je kat dinding hoho (kepikiran nak beli soft bord so boleh main cucuk2 lak nanti hahaha)


Oh i likeeee this part <------ psycho kan minda bawah sedar

atas ni paper final exam
dua bundle kat bawah dah tanda
yang atas belum.... (ehh belum tanda ek mai tp rajin lak ngomel kat sini)

hmmm buat masa ni, ni je kot


Ok ataaa!



nota kakiku: Orang 1 & Orang 2 adalah orang yg sama (mai) hahaha sengal!




May 4, 2012

Umrah

Assalamualaikum ^_^


15.03.2011 (selasa)
Malam tu ada kelas silat di Puncak Perdana, handphone simpan dalam kereta, waktu rehat or dah nak balik (kurang pasti) pergi ambil handphone dan tertera 'miscall' dari ayah (kalau tak silap masa tu jam 10pm lebih atau awal 11pm).

Lepas tu mesej ayah, tanya ayah call tadi ada apa, dan minta maaf sebab tadi ada kelas silat

Ayah reply "ia agaknya bulan mei dah habis belajar ke?" -15.03.2011/11:14pm-

Lepas baca mesej ayah tu terus berdesup dalam hati.... ayah nak ajak pergi umrah ke...

sebelum ni tiada ura-ura pun ayah nak ajak pergi umrah atau cakap pasal umrah or seumpama dengan nya, tapi waktu ayah tanya bila habis belajar, memang terus terlintas macam tu

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-flashback-
masa turut mengantar rombongan umrah YM Tn.Guru dan rakan-rakan silat lain, berbual dengan kak Puspa... ada bagitau pasal teringin nak pergi... kak Puspa kata pasanglah niat sekarang... sekarang ni... lepas kak Puspa cakap macam tu masa tu gak pasang niat lagi (sebelum ni pun bila mengantar ada pasang niat gak)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

lepas ayah tanya tu mai bagitau mungkin dah habis atau tengah exam (sort of)

"ayah fikir kalau di izinkan Allah nak bawa pergi umrah. sebab induk ajak ayah pergi" -15.03.2011/11:19pm-

tak ingat lepas tu mai reply apa, tapi ayah mesej..
"ok mudah2an di izinkan Allah. nanti minta pendapat mak."-15.03.2011/11:30pm-


-10jun-23jun2011-

cop pertama
.
.
.
.
.

Selepas selesai umrah pertama... Alhamdulillah

.
.
.
.
.

Terima kasih ayah, terima kasih mak, terima kasih YM.... Terima kasih Ya Allah




Ingatan



Assalamualaikum ^_^


Pukul 4 lebih pagi tadi terjaga dari tidur sebab bunyi mesej *ding dong* (to be exact 4.07am)

Cik Nah mesej...
 
"Assalamualaikum, Alhamdulillah. Insya Allah bila baca Surah Yasin, berdoalah ditemukan jodohmu lepas ayat 36. ikhtiar...baru sedar situ ada Firman Allah pasal jodoh. Berinteraksi lah dengan al-Quran, membaca nya ibarat Allah bercakap dengan kamu..."
.
.
.
.
.

Cik Nah ni adik ayah, sama-sama pergi sekali umrah tahun lepas


Dari kiri : Dijah (anak Cik Nah), Cik Nah, Ayah =') dan Induk (adik ayah)

Lokasi gambar: lapangan terbang Jeddah




p/s: Terima kasih Cik Nah atas ingatan



May 3, 2012

Perihal Pernikahan - Sengalnyeeee amaaaaiii


Assalamualaikum ^_^


Boleh tak mai ingatkan kalau belanja kenduri belah perempuan tu bakal suami yang tanggung dan pihak perempuan hanya bantu jika kekurangan ^_~ hahaha sengal! mana ntah datang fahaman macam tu

Nasib baik fahaman dah kembali ke pangkal jalan =p

Haritu ada berbual dengan sorang kawan ni dia ada bagitau yang belah perempuan mak ayah yang tanggung... lepas tu empunya diri yang kurang kesedaran diri dan kurang ilmu pasal benda ni tapi nak cakap gak (mai lah tu) utaralah apa yang dia RASA DIA FAHAM tapi sebenarnya SALAH FAHAM *sengal* "eh taklah lelaki kan yang keluar duit untuk kenduri belah perempuan"

Malam tadi tanya mak "mak kenduri belah perempuan siapa tanggung?".... "belah perempuan yang tanggung... duit hantaran pihak laki bagi tu boleh guna buat tampung kalau tak cukup" (dialog sebenar tak ingat tapi maksud sama)...... Jelas tak mai OOOO mai....

-----> Salah fahaman = lelaki tanggung kenduri belah perempuan & belah lelaki, perempuan tampung mana kurang untuk kenduri belah perempuan

-----> Fahaman sebenar = perempuan tanggung belah perempuan & lelaki tanggung belah lelaki, lelaki tampung jika ada kekurangan belah perempuan

Sumber : http://psstunaminah.pkgbatupahat.com/articles.php?article_id=104


Ingat kan duit hantaran yang bakal suami akan bagi memang totally untuk buat kenduri belah perempuan, rupa-rupanya bakal suami boleh bagi duit hantaran tu khas buat bakal isteri atau untuk tampung kenduri


Hahaha baru nak lenggang kangkung =p haip haip!


Sekadar hiasan - sumber : http://wanwma.com/tag/hantaran-perkahwinan/


Sebagai iktibar
----> bila bercakap biar dengan ilmu, kalau tak tahu sila bertanya, kalau kurang pasti sila bertanya... bertanya pada yang arif



Ok atataa!


Apr 30, 2012

Perihal Pernikahan

Assalamualaikum w.b.t
.
.
.
Bismillahirrahmanirrahim

"Jangan kumpul duit sebab nak kahwin dengan saya, tapi kumpul lah duit sebab nak mendirikan rumahtangga dengan sesiapa sahaja yang ditetapkan Allah buat awak, saya pun akan macam tu, InsyaAllah.. sebab pada akhirnya kita tak tahu siapa sebenarnya jodoh kita.. Kita tak terikat apa-apa lagi selagi belum sah.. Saya pun akan berusaha bahagian saya sebagai wanita sebagai bakal isteri untuk bakal suami yang DIA dah tetapkan buat saya.. Semoga kita sebenar redha =) InsyaAllah"

.
.
.
.
.
.

sumber gambar: http://ashmuslim.blogspot.com/



Ok atataaa ^_^


Apr 6, 2012

Berkat yang Tiga



Assalamualaikum



Alhamdulillah, saya lepas 2nd interview tu =)
Saya yakin ia berkat yang Tiga (Guru, Ibu dan Bapa), dengan Izin dari NYA

Hari tu (24/3/2012) teman kaklong pergi babyfair dengan mak and adaaammm kat Danga City Mall, tengah tegok2 barang dapat call dari UniKayEll KL... Alhamdulillah =) kat situ gak cium2 salam mak and kaklong

-------------------------------------------------------------------------------------------------
~flashback~
lepas keluar bilik interview tu sebenarnya kurang yakin untuk dapat sebab rasa banyak benda tak tercakap (tak tercerita pasal extra curricular) and ada 1 2 perkara lagi.... kena muhasabah diri and dah buat backup plan which is if i did't get the offer i will stick with part timer =)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

surat tawaran dah dapat, fulltime lecturer start duty on 16th April 2012
for the mean time kerja macam biasa
ada pro and con part time and fulltime ni....

**bagusnya part time sebab bayaran berdasarkan jam mengajar (bayaran : rahsia)... and tak perlu terlibat dalam apa-apa program universiti.... so focus pada mengajar (ada stress tapi mungkin kurang sebab tak perlu fikir or invovle yg lain)

**bagusnya fulltime sebab secure and benefits.... penatnya sebab job description bukan sahaja mengajar tapi macam-macam especially melibatkan universiti (handling program/aktivitisssss)... stressnya banyak tapi kena muhasabah diri selalu (take it as learning process and gaining experience)

kena selalu bersyukur sebenar syukur
perlu selalu ingat dan yakin setiap apa yang Allah telah tentukan buat kita pasti yang terbaik dan dibekalkan juga dengan kemampuan, kekuatan dalam mengharunginya, InsyaAllah
Allah Maha Penyayang, Pengasih, Pemurah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kerana mendoakan saya =)
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan dari Allah. Amin,InsyaAllah


Alhamdulillah



Ok atataaa ^_^


Mar 5, 2012

2nd interview



Assalamualaikum w.b.t  ^_^



straight to business..... tiba-tiba saya ada 2nd interview

bkn kt tempat lain tapi tempat yang sama (UniKayEll) hahaha bukan sesaja tulis macam tu tapi dengan harapan sesiapa yang search tentang UniKayEll tak kan link ke blog ni (pandai tak mai -_-")

hmmm macam ni ceritanya......
masa interview dulu memang for full-time lecturer
bila dapat, memang sudah dimaklumkan yang sekarang saya & beberapa kawan yang dapat tu dikira as part-time lecturer dulu sebab tunggu offer letter dr HQ (KL)... kami memang di'hire' for full-time but because of the offer letter still in progress (like being informed) so kira part-time

banyak kali juga DD (Deputy Dean) and several lecturers asked whether we had received the offer letter or received any call from the HQ regarding our offer letter and salary nego.... n our answers always 'NO..Not yet'.. DD cakap yg bahagian diorang semua dah setel dah confirm semua cuma tinggal part HQ je, dia gak ada bagitau yang kira kat HQ dah 85%...

Tiba-tiba.... teng teng teng....
esoknya (past 2 weeks if im not mistaken)
DD panggil kitorang n inform pasal org HQ nak datang n buat 2nd interview
kitorang tanya gak kenapa.... sebab masa tu dah terfikir if ada 2nd interview maybe ada possibility tak dapat ke apa ke kan... (owhh mugkinkah kena cari kerja baru -_-")
DD kata jgn risau just prepare je... mungkin diorang just nak tengok
saya ada tanya DD, kalau tak lepas 2nd interview ni tak dapat lah kan fulltime lecturer? DD macam berat n muka nampak serba salah nak cakap tp dia suruh prepare the best for that interview

kitorang ada frust n down juga sebab sebelum ni lain tiba-tiba jadi lain lak
tapi nak sedapkan hati just fikir this are part of their procedure (maybe)
n sy muhasabah diri balik n perlu benar2 yakin yang....
  
"jika benar Allah tetapkan ada rezeki kat sini InsyaAllah berapa banyak halangan or dugaan or interview or apa2 je pasti dapat... jika tidak sesungguhnya Allah benar Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA yang mana kita tidak tahu@tidak nampak dan DIA tidak menzalimi hambaNYA"

InsyaAllah interview tu 13 Mac ni (next week)
tanggungjawab sy sbg hamba perlu berusaha bersungguh-sungguh, cuba berikan yang terbaik, berdoa
yang lain berserah kepada Yang Empunya, Yang Maha Mengetahui, Yang Menetapkan

kawan-kawan tolong doakan sy n kawan2 sy ye (Syafiqah,Najat n Na)


semoga apa jua ketetapanNYA semoga kami sebenar redha, InsyaAllah



Ok atataaa!


p/s : ingat mai... yakin mai... apa jua keputusan dr HQ tu sebenarnya bukan dari mereka tp ketetapan dr ALLAH dan ALLAH tahu apa yg terbaik buat hambaNYA

p/s lagi : saya ada call Tn.Guru hari yg sama dapat berita ni sebab.... huhu adalah sebabnya....



Feb 13, 2012

rindu..



Rindu ayah....

sangat....

Feb 12, 2012

salah seorang idola


wanita itu...


cantik..
ayu..
penuh kelembutan terselit ketegasan..


idola...


Jan 25, 2012


Assalamualaikum w.b.t  ^_^



Baru siap set 1 kertas soalan final exam Innovation Management... set 2 bolum laie tapi dah jot down... economics bolum sontuh ("-_-) & subjek entrepreneurship takda final ^_^ tapi soalan assignment business plan belum buat hanya berlegar-legar dalam kepala (setakat berlegar-legar dalam kepala tak kan siap tau maaiiii) gerak!




Ok atataaa!



Jan 14, 2012

Demam urat



Assalamualaikum w.b.t


Lebih kurang 6 hari dah sejak isnin malam (sampai rumah dari shah alam isnin petang)
Rasanya demam urat sebab sebelum kena badan n urat2 sakit, malam sebelum sakit2 tu (ahad malam) tido terjaga2 beralih2 tempat n esok pagi bangun sakit badan tengkuk rasa tegang ='( pastu pagi tu angkat barang dari rumah sewa lama nak bawa balik johor, pas kuar peluh sikit badan rasa ok n dapat drive sampai johor (Alhamdulillah) walaupun mak banyak kali kata kalau tak larat tukar


Sampai je rumah dah cakap kat mak nak baring tak dapat angkat barang dulu dari kereta sebab tak larat... mak tolong angkat kan (huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..... terima kasih mak) malam tu makin teruk tak tahu nak describe macam mana, seram sejuk, badan rasa panas melampau, sakitnya menangis2 sedih semua ada, teringat ayah jaga masa demam muntah2 kat Madinah ='( mai jarang demam *kalau ada kesempatan n ada mood mai cerita ye waktu tak sihat kt Madinah* sedih sangat nanges2 teringat ayah sampai bangun esok pagi 22 belah mata bengkak mcm kena sengat... 

sebelum tu malam yang demam panas tu Allah je yang tahu... tak selesa sana sini, nak pergi toilet pun Ya Allah tak tahu nak cakap... banyak kali istighfar, byk kali mengucap (sampai rasa dah tiba masa ke.... mmg rasa tak tahan sgt2) mak tolong urut2 kepala n badan, minum 100plus, malam tu ada selera mkn lg, makan 1 mangkuk kecik nasi goreng kampung.... dah malam sgt asik terjaga pastu teringat kurma... selalu dulu bila mak low BP ayah call/sms bagitau mak tak sihat (mai dah almost 7 thn kat shah alam dari remaja sampai dewasa... memang ada balik cuti semester tapi rasa macam mostly kat sana dari kat rumah... sebab tu terasa sangat ketiadaan... dah mai dah... Alhamdulillah benar Allah sebaik-baik Perancang... DIA bg mai rasa beberapa pengalaman itu... pengalaman dijaga ayah waktu tak sihat di Madinah) balik semula... waktu mak kena low BP mai selalu pesankan kt ayah n pesan kat mak makan kurma... n waktu tengah malam tak sihat tu mai teringat (Alhamdulillah) kejut mak sb mmg tak mampu... makan 2 biji pastu baring... Alhamdulillah esok lg ok dari malam sebelumnya....

Nak dipendek kan cerita hari ni dah hari ke-6, tangan n kaki rasa lenguh2, batuk2 ada lagi tapi badan rasa membaik (Alhamdulillah) selera makan dah semakin ada walaupun tak macam selalu tapi lebih baik dari 5 hari sebelum ni.... berat turun 2kg dalam 6 hari ni

InsyaAllah isnin ni kelas dah mula.. mai diamanahkan mengajar (berkongsi ilmu semoga mereka faham, InsyaAllah) subjek Economics, Innovation Management & Introduction to Entrepreneurship... doakan ye


Bismillahirrahmanirrahim ...

Ya Allah, semoga ibu ku, keluarga ku, Guru ku, keluarga Guru ku, sekalian guru ku sekeluarga, sahabat-sahabat ku, kenalan-kenalan ku, saudara-mara ku, jiran-jiran ku, seluruh Muslimin Muslimat & hambaMu ini dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang berkat, rezeki yang diberkatiMu, ilmu yang bermanfaat, Iman yang teguh padaMu, sentiasa dalam RahmatMu, keberkatanMu, perlindunganMu dunia & akhirat..

Amin, InsyaAllah.


...

Jan 6, 2012

Allah yang bagi kenyang, makanan sebagai penyebab



Assalamualaikum w.b.t


Sebelum tu jom sama-sama kita renung tajuk post ni.............. dah? renung ke baca je? hehehe takpa takpa InsyaAllah sampai... itu bukan dari saya ye =) saya pun menuntut ilmu...



Hehe dah malam baru dapat post tentang menu hari ni (blog slow amat sebelum ni)
walaupun dah malam sebab benda dah ada jadi kita upload sajeeeee =P


Menu hari ni

1. Nasi putih
2. Ikan bawal sweet sour
3. Sayur campur goreng
4. Air pink guava ( kordial cosway :-p )
 

1 ekor ikan bawal tp besar (makan 3 orang tengahari & malam)


sayur campur ratah pun sodaaapp! tapi serba salah sebab campurkan makanan laut dan darat sekali (letak udang & daging) huhuhu



Kalau kordial kat Cosway paling suka Pink Guava atau malaysia nya Jambu Batu =D



Alhamdulillah


Eh ni je nak post? Hehehe oklah tuuuuuuu =P



Ok atataaa ^_^


Jan 5, 2012

Recall


Assalamualaikum w.b.t



"kalau sudah Allah tentukan rezeki kita di situ walau seribu orang yang apply mesti kita dapat, kalau Allah sudah tentukan rezeki kita di sana untuk cari pengalaman temuduga je walau hanya kita sorang je yang ditemuduga pasti tidak dapat juga ^_^ yang penting kita USAHA... InsyaAllah" -dari post update interview-



Alhamdulillah.