Seingat saya, saya tak pernah buat solat jenazah sebelum ni
sebelum menunaikan ibadah umrah ayah ada ajar cara solat jenazah
ayah kata nanti kat sana tiap waktu akan buat solat jenazah dan selalunya siapa yang balik dari umrah/haji kalau dengar ada kematian akan nak pergi untuk solatkan jenazah itu (lebih kurang macam tu ayah cakap)
sampai disana saya minta ayah sekali lagi ajarkan cara dan bacaan dalam solat jenazah
dan...
setelah dua minggu pulang dari menunaikan ibadah umrah...
jenazah ayah lah yang pertama saya solatkan disini...
Jenazah ayah disolatkan sebanyak tiga kali
pertama di hospital, kedua di masjid perumahan dan ketiga di kampung
dan juga solat jenazah ghaib yang dilakukan oleh adik saudara bersama rakan-rakannya di Mesir
Allah Maha Besar
Allah izinkan saya melakukan solat jenazah yang pertama itu iaitu di hospital
kalau boleh memang saya nak buat ketiga-tiga tapi Allah Maha Mengetahui dan saya amat bersyukur dengan penentuan-Nya... perancangan-Nya cukup indah... cukup sempurna... Allahuakbar
Semasa ayah masuk hospital terdetik dihati ini kerisauan jika ada apa-apa berlaku pada ayah, kemungkinan saya tidak dapat solatkan ayah... sebab jika ikut tarikh sepatutnya kurniaan kepada setiap wanita dewasa seperti saya sudah tiba...
tapi DIA sebaik-baik Perancang & DIA Penentu segala
tapi DIA sebaik-baik Perancang & DIA Penentu segala
doa saya ketika itu tidak terzahir hanya dihati antara saya dengan DIA... mohon dilambatkan kurniaan itu dan semoga mengizinkan saya dapat solatkan ayah jika ditakdirkan ayah pulang ke Pemiliknya Yang Mutlak...
Allahuakbar... Sungguh besar kurniaan-Mu Ya Allah pada hamba-Mu yang sering alpa
DIA izinkan saya melakukan solat jenazah yang pertama itu... dilambatkannya seminggu...
betul-betul beberapa ketika setelah DIA beri saya izin melakukan solat jenazah buat ayah...
diizinkan anak ini menyolatkan ayahnya.. solat jenazah yang ayahnya sendiri ajarkan beberapa minggu sebelum kepulangan seorang ayah ke Penciptanya
Tidak terlafaz kata
Tidak terzahir rasa
Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu
Terima kasih Ya Allah
2 comments:
hikmah disebalik kesedihan yang melanda...semakin terzahir kekuasaan Yang Maha Kuasa....
Benar abg lan... benar
Post a Comment