Sep 30, 2011

(Sharing) Penyakit & Penawar


Assalamualaikum

Semoga kita semua dalam lindungan & rahmat-Nya. InsyaAllah.
Tempoh hari saya ada tengok 'Tanyalah Ustaz', saya tak ingat siapa nama ustaz tu dan tajuk perbincangan pada malam itu berkenaan Penyakit & Penawar dimana setiap penyakit yang diturunkan Allah pasti sekali dengan penawarnya. Disini saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya sempat salin (sikit sahaja) ^_^


Dipatuk ular
Jika dipatuk ular, penawarnya adalah dipaling hujung badan ular tersebut (ekor). Potong dan makan. Ustaz tu cakap kalau perasan bila pegang hujung seekor ular, ular tu macam tak boleh buat apa-apa. Perlu goreng? rebus? siang? tak perlu sebab bila nyawa dihujung tanduk potong dan ngap je. InsyaAllah.

Disengat ikan keli/ikan sembilang
Bagi yang minat mancing ikan-ikan sungai ni kadang-kadang boleh tersengat kan? sakit kan? saya tak tahu sebab tak pernah mancing ^_^ hehe kalau tersengat ambil otak ikan tersebut dan sapu pada tempat yang kena sengat tadi. InsyaAllah.

Tercucuk duri kelapa sawit
Kalau tengah bertungkus-lumus kait buah/pelepah kelapa sawit tiba-tiba tercucuk durinya (adoiiii sakit...) penawarnya adalah dengan mengambil buah kelapa sawit tersebut dan ketuk sampai keluar minyak lalu sapu pada tempat yang kena duri tadi, sapu guna biji tu sekali. InsyaAllah.

Aids
Kalau Aids ni ustaz tu tak bagitahu buah/tumbuhan atau apa-apa sahaja yang boleh buat penawar tapi ustaz tersebut ada bagitahu ada sebut dalam hadis (maaf saya tak pasti hadis apa) iaitu pertama kali penyakit Aids ditemui di Afrika jadi penawarnya ada di Afrika. InsyaAllah.


Banyak lagi yang dikongsi tapi tak salin ^_^ maaf ye salah silap, saya bukan mengajar cuma menyampaikan untuk perkongsian.


Sep 28, 2011

Berbaur rasa

.....

InsyaAllah 20hb ni konvo
berbaur rasa
tiada apa yang lebih menggembirakan bila keluar dewan melihat Ayah dan Mak tersenyum
aku takut Ya Allah... aku takut jika kesedihan ini tanpa sedar aku tidak sebenar redha
hanya padaMu Ya Allah aku mohon kekuatan...

.....