Nov 30, 2012

Tarikh


Academic calendar 2013 dah keluar kat website ^____^

Hopefully tu tarikh yg dah finalize (dah finalize lah kan kalau tak, tak kan dah keluar kat website kan kan) huhu moga-moga.

Penting sebab tarikh2 tu akan relate dengan expected date untuk mendirikan masjid, mengikut sunnah Rasulullah.... InsyaAllah.

Kalau tarikh clash dgn exam nnt tak dapat guna dewan unikl, kalau clash dengan waktu student belum cuti nanti cuti kawen kurang menarik sebab sambil cuti sambil fikir hal ehwal kelas/student/event universiti/etc

Sekarang ada 3 tarikh..... so far berat ke pilihan tarikh yang ke-2.... semoga dipermudahkan Allah.

Haritu masa ijazah silat kat sini Alhamdulillah berkesempatan jumpa YM GU untuk inform ttg perancangan nak nikah kawen next year n minta pendapat tarikh2 yang dah dibincang. Sesungguhnya YM GU seorang yg bijaksana ^_^

Semoga tak clash dengan event beliau, dengan event kawan-kawan & event lain. InsyaAllah.


Kat bridal tak inform lagi ni yang tarikh kemungkinan bertukar.....hopefully dia ok dan tak menyusahkan mereka.


tu je kot =D

Ok atataaa ^_^



Nov 16, 2012

Semoga berkat semoga memudahkan


Assalamualaikum ^_^


Semoga pernikahan & majlis perkahwinan nanti dalam berkat Illahi, mengikut sunnah Rasulullah s.a.w (walau tak semua biarlah ada juga huhu), mengikut syariat Islam (walau tak semua biarlah tidak mencemarkan), memudahkan kedua belah pihak, menggembirakan kedua keluarga saudara mara sahabat handai para tetamu dan seluruhnya, InsyaAllah.


Zaman sekarang bukan mudah untuk mengurangkan belanja perkahwinan, nilai duit dahulu nilai barang dahulu dan sekarang jauh bezanya. Tetapi sangat berharap semoga tidak melampaui apa yang sepatutnya tidak membebankan sesiapa.


MUA (make up artist) penting tak? pendapat saya penting sebab InsyaAllah perkahwinan ini untuk sekali seumur hidup. Kita nak tengok gambar kahwin selamanya, kalau tak kemas bila tengok gambar je sedih hehehe... bagi saya ini lebih kepada kepuasan pengantin. Nama pun raja sehari haruslah berseri-seri ^_^

OP (official photographer) penting tak? pendapat saya OP pun penting sebab gambar adalah kenangan pengantin tersebut.... kalau berkualiti sampai ke anak cucu cicit boleh tengok, kalau cantik OP tu amik sampai ke tua kita boleh perasan muda tiap kali tengok gambar kahwin "meh sini cu tengok uwan mudo2 dulu cun bona solid molid ekau pun kalah tauuuu" hahaha. Tapi kalau tak nak pun tidak menjadi masalah asal kan dah assign sesiapa untuk capture every moment of your wedding. Video pun best! sebab gerak2 hehehe

Catering?? memanglah penting kan sebab nak bagi tetamu makan... tak kan diorang datang semata nak tengok pengantin salam-salam hulur2 duit pastu balik (ehh hulur duit....hahaha). Mestilah diorang nak makan.. kita dah jemput orang datang kita kenalah menghormati mereka sebagai tetamu... belanja kahwin part makan ni lah yang paling tinggi kos nya huhuhu.

Doorgift? dah menjadi adat akan bagi 'something' pada tetamu untuk dibawa pulang. Part ni boleh dikurangkan belanja sebab diorang dah makan dah wawawawa =P bagilah ikut kemampuan. Pendapat saya benda yang diorg betul2 boleh guna (bukan sekadar buat hiasan) or bagi makanan (habis makan terus buang).

Bridal (ambil time promosi)
Kad kahwin
Hantaran
etc

semoga dapat menjaga apa yang sepatutnya dijaga, InsyaAllah (secara jujur bukan mudah bagi saya nak jaga semuanya)....banyak yang memandang... takut hari yang membahagiakan sedar tanpa sedar akhirnya bertambah dosa nya T_T



**hmmmmmm rupanya kursus kahwin tak pergi lagi ("-_-)