Mar 7, 2013

Hal Ehwal Kahwin - Submit! & PRU



Assalamualaikum ^_^


Alhamdulillah borang nikah dah dapat pengesahan =D 

haritu ambil cuti dan pergi Pejabat Agama Daerah Johor Bahru dengan mak (TQ Mak), staff tu dah semak borang semua then kena masuk dalam lak untuk jumpa pegawai in charge tandatangan borang, dah setel semua nak gerak balik baru teringat yang belum kena interview lagi, masuk jumpa pegawai tu semula and tanya tentang interview (sebab risau tak nak nanti kena ulang datang balik untuk interview).... then pegwai tu kata takda interview (weeehuuuuuuuu) sebab kat luar ramai orang ^_^ (mungkin staff tak cukup nak handle untuk interview sebab ramai customer) *Alhamdulillah*


Then balik rumah dengan 1 kelegaan dah selesai dah dapat kebenaran nikah (yeeeeeaahhh lega), call imam untuk submit borang and malam tadi dah jumpa and inform tarikh & masa untuk nikah *Alhamdulillah*.


Belum inform kawan2 lagi tentang tarikh nikah & majlis kahwin sebab selagi borang tak setel selagi tu kurang confident (semoga lancar & dipermudahkan Allah).

kad kahwin belum siap so belum dapat bagi lagi. Hopefully dipermudahkan para tetamu jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan & semoga semua dalam keberkatan Allah. (bila agaknya PRU ni huhu).


Cerita tentang PRU lak... sebelum ni memang risau kalau clash tarikh or dekat2 huhuhu... *muhasabah diri* Allah dah rancang semuanya kan, tarikh PRU pun Allah dah tetapkan, kita diberi pilihan untuk memilih & merancang tapi DIA tetap sebaik Perancang. At least kat part kami dah usaha cari tarikh yang baik cuma benda-benda yang kita tak pasti ni bukan dalam bidang kuasa kita (tak kan nak arah kan PM lak huhuu). So, semoga redha & bersyukur dan yakin yang apa yang DIA rancang adalah yang Terbaik dan DIA tidak menzalimi hamba-hambaNYA.


Ok atataa ^_^


Mar 1, 2013

Hal Ehwal Kahwin - Borang


Assalamualaikum ^_^


InsyaAllah Isnin ni baruuuu nak hantar borang kawen (erkk baru)

Dengar kata kat Johor ni perempuannya akan ditanya beberapa soalan (interview) masa hantar borang tu nanti hmm kena study kena study

Semoga segala urusan lancar, dipermudahkan Allah & dalam keberkatan-Nya, Amin..InsyaAllah



Ok atataa ^_^