Jul 13, 2011

Panggilan Illahi



(Khamis) 23.6.2011 Ayah pulang dari menjadi Tetamu Nya... tenang terpancar di wajahnya
(Khamis) 30.6.2011 Ayah mengadu sakit dada... bergegas ke hospital... risau menyelubungi anakmu
(Khamis) 07.7.2011 Ayah pulang kembali ke Pencipta Nya... ke Pemiliknya Yang Mutlak... aku redha

Tidak terungkap rasa... hanya Allah yang Maha Mengetahui
Bila sedih datang menjengah... wajahmu yang tenang, senyuman yang terukir dikala engkau pulang ke Pemilikmu menenangkan hati anakmu yang merindu...
Terima kasih Ya Allah atas ketenangan, kekuatan & keredhaan yang Engkau pinjamkan kepada kami...
Sesungguhnya kami selemah-lemah hambaMu


Ayah tidak pergi... dia pulang kembali
Ayah masih ada...  dekat dengan Illahi


"Aku bermohon kepada Mu semoga diberi rezeki untuk menjadi tetamuMu bersama-sama ayah & mak... dan Engkau makbulkan permintaan hambaMu... Engkau izinkan aku kesana bersama ayah... sebelum ayah pulang menghadap Mu Illahi... Terima kasih Ya Allah..."

Jun 28, 2011

10 Jun - 23 Jun


"HambaMu telah datang menyambut panggilanMu, Ya Tuhan, HambaMu datang menyambut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu"

Segalanya dengan izin dari DIA
Hamba Mu ini tidak punya apa-apa
Berbekalkan doa dan pengharapan hanya pada Mu
Terima kasih Ya Rabb dengan kebenaran Mu hamba Mu ini hadir menyahut panggilan dari Mu
Panggilan yang hamba Mu ini mohon akan berulang-ulang dengan penuh rasa kerendahan hati... kehambaan jiwa hanya pada Mu
Rasa rindu ini menenangkan
Semoga rasa ini kekal dan membimbingku agar sentiasa merindui Mu dan Kekasih Mu

Hamba Mu ini memohon izin dari Mu Ya Allah
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar hamba Mu
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar pengikut dan umat Nabi Muhammad Ya Rasulullah
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar anak murid Guru ku
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar anak yang solehah kepada kedua Ibu Bapa ku

Aku sekadar hamba... tidak berhak mengarah Maha Pencipta... tapi aku bermohon pada Mu Ya Allah
Diberikan kami petunjuk dan janganlah Engkau membolak-balik kan hati hamba-hamba Mu setelah Engkau memberikan kami petunjuk... mohon ditetapkan hati kami ini hanya pada Mu seyakin-yakinnya... Amin

May 27, 2011

Beliau adalah Kurnia



Tidak terungkap apa yang aku rasa atas kurniaan-Nya ini...
Alhamdu lillah.... syukur pada-Mu Ya Esa mempertemukan ku dengannya...
Semoga kekal hati ini dalam perjuangan..... perjuangan bersama Guru sebenar Guru...

Beliau adalah kurniaan...

Terima kasih Guru ku...


Selamat Menyambut Hari Guru wahai Guru yang amat ku kasihi...
Yang Mulia Tuan Sheikh Hj. Md Radzi Bin Hj. Hanafi Al-Qadhi


Guru yang amat ku kasihi



source of picture: album rakan seperjuangan... terima kasih

May 24, 2011

Terima kasih Ya Rabbi

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdu lillah diizinkan-Nya berjumpa Beliau sebelum berangkat
Perkongsian itu amat bermakna
Nasihatnya... tunjuk ajarnya

Rasa jauh lebih ringan
Lebih jelas
Belajar perlu berGuru
Syukur tak terhingga dikurniakan Guru sebenar Guru
Yang menunjuk jalan... membimbing diri yang kehausan yang kekurangan
Doa dari nya sungguh bermakna
Dihulurkan buku dan sekeping ayat sebagai panduan... ku sambut dengan rasa yang tak terungkap
Kucupan tangan dari anak muridmu dengan rasa terima kasih atas segalanya (T_T)


Ya Allah... terima kasih.... besar sungguh kurniaan-Mu Ya Rabbi
Semoga aku kekal dalam perjuangan ini bersama Guru sebenar Guru





Terima kasih tak terhingga kak Nur Syahirah kerana temankan saya (^_^)