Nov 8, 2011

Luka


"...tampak luaran kering, bila diusik rupanya dalaman masih basah... darah kembali mengalir... luaran dan dalaman mungkin berbeda..."






tersurat tersirat:
luka pada jari terhiris pisau sewaktu potong lemang rupanya dalamannya
masih belum sebenar kering seperti tampak luarannya



Oct 26, 2011

(monolog) Buat maizura



Assalamualaikum mai,

kau patut malu pada diri sendiri
tak tahu dah nak cakap apa
semuanya dah ada pada kau
semuanya dah ada dalam diri kau
keluarkannn!! amalkan!! praktikkan!!
mulakan!! mulakan!! mulakan!! mulakan!!
setakat cakap jee... setakat fikir jee... takda hasil mai

kau tak kesian ke dengan 3 insan yg kau kasih...??
cukuplah dok fikir-fikir tu...
syaitan gelak kan kau tu.. kau memang dah tahu kan..??
jangan biarkan syaitan gelakkan kau lagi

kau selalu minta kan..??
DIA dah bagi tunjuk... DIA dah bagi jalan
tinggal diri kau sendiri je nak gunakan

DIRI KAU SENDIRI maizura


Oct 10, 2011

masih...




"...sedang belajar..."


Sep 30, 2011

(Sharing) Penyakit & Penawar


Assalamualaikum

Semoga kita semua dalam lindungan & rahmat-Nya. InsyaAllah.
Tempoh hari saya ada tengok 'Tanyalah Ustaz', saya tak ingat siapa nama ustaz tu dan tajuk perbincangan pada malam itu berkenaan Penyakit & Penawar dimana setiap penyakit yang diturunkan Allah pasti sekali dengan penawarnya. Disini saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya sempat salin (sikit sahaja) ^_^


Dipatuk ular
Jika dipatuk ular, penawarnya adalah dipaling hujung badan ular tersebut (ekor). Potong dan makan. Ustaz tu cakap kalau perasan bila pegang hujung seekor ular, ular tu macam tak boleh buat apa-apa. Perlu goreng? rebus? siang? tak perlu sebab bila nyawa dihujung tanduk potong dan ngap je. InsyaAllah.

Disengat ikan keli/ikan sembilang
Bagi yang minat mancing ikan-ikan sungai ni kadang-kadang boleh tersengat kan? sakit kan? saya tak tahu sebab tak pernah mancing ^_^ hehe kalau tersengat ambil otak ikan tersebut dan sapu pada tempat yang kena sengat tadi. InsyaAllah.

Tercucuk duri kelapa sawit
Kalau tengah bertungkus-lumus kait buah/pelepah kelapa sawit tiba-tiba tercucuk durinya (adoiiii sakit...) penawarnya adalah dengan mengambil buah kelapa sawit tersebut dan ketuk sampai keluar minyak lalu sapu pada tempat yang kena duri tadi, sapu guna biji tu sekali. InsyaAllah.

Aids
Kalau Aids ni ustaz tu tak bagitahu buah/tumbuhan atau apa-apa sahaja yang boleh buat penawar tapi ustaz tersebut ada bagitahu ada sebut dalam hadis (maaf saya tak pasti hadis apa) iaitu pertama kali penyakit Aids ditemui di Afrika jadi penawarnya ada di Afrika. InsyaAllah.


Banyak lagi yang dikongsi tapi tak salin ^_^ maaf ye salah silap, saya bukan mengajar cuma menyampaikan untuk perkongsian.