Mar 7, 2013

Hal Ehwal Kahwin - Submit! & PRU



Assalamualaikum ^_^


Alhamdulillah borang nikah dah dapat pengesahan =D 

haritu ambil cuti dan pergi Pejabat Agama Daerah Johor Bahru dengan mak (TQ Mak), staff tu dah semak borang semua then kena masuk dalam lak untuk jumpa pegawai in charge tandatangan borang, dah setel semua nak gerak balik baru teringat yang belum kena interview lagi, masuk jumpa pegawai tu semula and tanya tentang interview (sebab risau tak nak nanti kena ulang datang balik untuk interview).... then pegwai tu kata takda interview (weeehuuuuuuuu) sebab kat luar ramai orang ^_^ (mungkin staff tak cukup nak handle untuk interview sebab ramai customer) *Alhamdulillah*


Then balik rumah dengan 1 kelegaan dah selesai dah dapat kebenaran nikah (yeeeeeaahhh lega), call imam untuk submit borang and malam tadi dah jumpa and inform tarikh & masa untuk nikah *Alhamdulillah*.


Belum inform kawan2 lagi tentang tarikh nikah & majlis kahwin sebab selagi borang tak setel selagi tu kurang confident (semoga lancar & dipermudahkan Allah).

kad kahwin belum siap so belum dapat bagi lagi. Hopefully dipermudahkan para tetamu jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan & semoga semua dalam keberkatan Allah. (bila agaknya PRU ni huhu).


Cerita tentang PRU lak... sebelum ni memang risau kalau clash tarikh or dekat2 huhuhu... *muhasabah diri* Allah dah rancang semuanya kan, tarikh PRU pun Allah dah tetapkan, kita diberi pilihan untuk memilih & merancang tapi DIA tetap sebaik Perancang. At least kat part kami dah usaha cari tarikh yang baik cuma benda-benda yang kita tak pasti ni bukan dalam bidang kuasa kita (tak kan nak arah kan PM lak huhuu). So, semoga redha & bersyukur dan yakin yang apa yang DIA rancang adalah yang Terbaik dan DIA tidak menzalimi hamba-hambaNYA.


Ok atataa ^_^


7 comments:

Razlan Ab Razak said...

dengar cite prosedur terbaru kalau tak interview, tak bole kawen...kehkehkeh...

Mai Alias said...

hahahaha dusta dusta =P

Razlan Ab Razak said...

betul..pastu kena gantung setahun..lepas tu baru dia proses balik permohonan tu... :-p

Mai Alias said...

hahahaha pandai a.lan buat lawak wawawawa ini semua poyyo =P

Razlan Ab Razak said...

betul..jas pun dah pening dah tu..balik keje monyok je... ;-)

Mai Alias said...

hahaha kalau dia monyok tu risau pru13 kot =P

Razlan Ab Razak said...

pelik gak nape dia nak risau pasal pru13..nak kata dia bertanding jadi calon, tak de plak dgr dia berkempen... :-S