Dec 30, 2011

Menu itu tentang makanan



Assalamualaikum ^_^



Menu hari ni simple je hahahaha memang sentiasa simple pun sebenarnya
Daging nyum nyum masak kicap, sambal sardin nyum nyum, kobis goreng nyum nyum & nyum nyum telur dadar hahahahaha ehh dengan nasi putih nyum nyum

Letak gambar sikit sebagai penambah perisaaaa




erkkk (Alhamdulillah)



Ok atataaa ^_^



Dec 28, 2011

Cara Hidup Sihat

Assalamualaikum w.b.t ^_^


macam mana nak amalkan cara hidup sihat niiii
mai ada jumpa 1 website by Kementerian Kesihatan Malaysia (klik sini)
kat situ ada 'Kalkulator Berat Jisim Badan' boleh check berat badan ideal (just key in tinggi, berat sekarang, umur & jantina) lepas tu terus keluar berat badan yang ideal untuk kita... tapi macam lain sikit (bukan tak betul tau) tapi tak macam yang selalu check BMI tu (korang cuba lah sendiri ea) hehehe


Picture credit to 'Cara Hidup Sihat' website (comeeeelll kann)

sebagai contoh kalau tinggi 160cm, berat 65kg, umur 27 tahun, jantina perempuan.. resultnya 'Berat Badan Berlebihan' & 'Berat Ideal' 53kg... tapi boleh cuba-cuba untuk cari range berat badan yang ideal tu... sebagai contoh mai key in berat yg sebelum ni 65kg jadi 63kg@61kg@59kg sampailah keluar 'Berat Badan Unggul' dan gambar kartun kurus hehe dan dalam case ni dari 65kg-59kg still 'Berat Badan Berlebihan' dan bila 58kg baru 'Berat Badan Unggul'.... so, kira range berat badan unggul untuk 160cm, 65kg, 27 tahun, perempuan ialah 53kg - 58kg macam gambar kat bawah ni


Picture credit to 'Cara Hidup Sihat' website (dah selimmm dah kartun tu)


Selain 'Kalkulator Berat Jisim Badan' tu ada macam-maaacaaamm lagi kat website tu... ada Info (panduan piramid makanan malaysia', Tips (resepi untuk breakfast luch dinner dessert) dan  macam-macaaaammm lagi ^_^  so, what you waiting for..??? ckeck it out here ^_^


After all 'Sharing is Caring'



Ok atataaa ^_^









Dec 19, 2011

update interview


Assalamualaikum


Hahaahahaaaadoooiiii
tadi dah interview dalam 1 jam...
masuk 3 orang sekali, panel 4 orang termasuk dekan, takda mock-teaching

hmmmmmmmmmmm
masuk sekali dengan saya sorang lelaki & sorang perempuan
yang lelaki umur 35 tahun & banyak pengalaman kerjanya (banyaaakkkk)
sorang lagi perempuan (baik dia) sebaya dengan saya, ada pengalaman mengajar & sedang sambung PhD di UTM
hebat-hebat kan diorang  ^_^  kan? kan?


saya...?? hahahahaaadoooiii saya biasa-biasa je ^_^
yang penting dah usaha kan

kalau sudah Allah tentukan rezeki kita di situ walau seribu orang yang apply mesti kita dapat, kalau Allah sudah tentukan rezeki kita di sana untuk cari pengalaman temuduga je walau hanya kita sorang je yang ditemuduga pasti tidak dapat juga ^_^ yang penting kita USAHA... InsyaAllah


Guru saya ada berpesan (saya ambil dari FB beliau):

"Ibarat tanam pokok... jaga, siram, baja itu kerja kita. Pokok itu hidup, subur atau tidak itu kerja DIA" - YM Tuan Sheikh Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadahi"



Ok atata ^_^

Dec 16, 2011

Khas buatmu

Assalamualaikum lagi =)


straight to the point tak mau belok-belok 'buatmu' tu handphone saya
Alhamdulillah dah lebih kurang 6 tahun dengan handphone ni, Nokia 7610 (nokia daun)
seingat saya beli masa diploma semester 3 (mid 2005)


Nokia 7610 - Google.. tapi memang macam ni =)

ni handphone kedua yang betul-betul saya punya (ada yang olok-olok ke..??) hehe maksudnya bukan diturunkan oleh sesiapa =) handphone pertama Nokia 1100 mak ayah belikan masa nak pergi PLKN


Nokia 1100 - Google juga =) saya punya kaler biru


ok, back to business..
kalau dah 6 tahun tu maksudnya dari umur 19-25.. dah byk kali tak sihat lepas tu baik sendiri, ada masa tak sihat kena jumpa pakar hahahaadoooii tapi tu lah... Alhamdulillah

before g umrah ada hantar repair kat PAS (plaza alam sentral) sb tak sihat, orang tukang repair tu terkejut bila kata memory card nya 124MB... hehe memang tak jenis simpan gambar or lagu banyak2 walaupun  sebenarnya nak simpan baanyaaakkk huuu (weng! apa punya cakap ni jap nak jap tak nak.. dusshh!) pendrive pun 2G buat masa ni bagi saya dah sangat besar

technology comes and goes... kadang2 memang ada yang minat sb cantik tertarik kau memang da bomb! selalu juga usha2 tapi ushaaaaa jeeeeee hehehe ^_^ macam kat siiniii haaa huuu memang cantik kan

dalam handphone saya suka buat folder untuk simpan mesej2 berharga dari family, kawan2, mesej penting & yg memang perlu simpan hahaha kalau simpan dalam inbox je agak2 selama 6 tahun ni memang jenuh nak cari balik kan... so just make use of what they have provided because it do help make things orderly.. so far ada 13 folder


1. Templates - ni memang sedia ada pun kan
2. Guru ku - berharga tak ternilai
3. Jom Silat - mesej2 penting untuk program Jom Silat 2010
4. Kata Hati Mai - apa yg terdetik, apa yg terasa... taip dan simpan
5. Mak Ayah - mesej2 dari mak & ayah
6. Mishmay - Mostly mesej wish bday, hari raya dari kawan2
7. Mix - bila tak tau nak letak mana masuk folder ni hahaha... resepi ke apa ke
8. Pesanan Doa - mesej kawan2 pesan doakan masa nak g umrah
9. Pesan Guru - berharga tak ternilai.... selalu tunggu hari Jumaat
10. PTD - mesej dari cousin ttg apa yg perlu prepare masa exam PTD dulu
11. Sahabat - mesej dalam ni kata2 semangat/doa dr sahabat2, kawan2 masa sy sangaaattt sedih, masa sy amat memerlukan......
12. Semangat - mesej dr kawan2 juga tp ini more general
13. Server - owhh ni server yg maxis selalu bg suruh kita save utk update server handphone


hmm lately handphone tunjuk tanda tak sihat lagi... tapi harap sangat dia akan sihat semula... banyak berbakti handphone tu dari tuan dia muda remaja sampai muda matang hahaha matang keee.... matang leerrr ^_^ (memang suka tanya jawab sendiri.... layan kan ajeeee)



Ok atata (bunyi byebye dgn adam)

UniKL MITEC


Assalamualaikum



Pagi tadi dapat call
Alhamdulillah.. InsyaAllah isnin ni ada interview UniKL MITEC (pasir gudang)


Moga dipermudahkan & lancar semuanya, InsyaAllah

"Jika benar ini antara yang baik buat hambaMu ini, moga dipermudahkan jalanku, diberkati laluanku dan berjaya.. dan moga hambaMu ini sebenar berjuang, sebenar usaha, sebenar berdoa, sebenar tawakal & sebenar redha.. Amin, InsyaAllah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala"

...

Dec 8, 2011

mengalir lagi


Tadi terbaca post kaklong kt FB dia
hari ni genap setahun kaklong kerja kerajaan
kaklong post perbualan telefon dia dengan ayah masa mula-mula dapat surat temuduga SPA
surat sampai kat rumah mak ayah... masa tu kaklong tengah kerja and tengah pregnant


air mata mengalir kembali masa baca......


Takpa mai.... ingat pesan Guru.... bersyukur berterima kasih bila diuji (PG28)


InsyaAllah...

Dec 6, 2011

Pesan Guru


Assalamualaikum...


Segala bentuk pesan Guru teramat berharga
Tiada yang rugi
Banyak terkesan




p/s: PG28... moga-moga