Apr 30, 2014

38 weeks

Alhamdulillah anak ummi dah masuk 38w dalam Rahim, InsyaAllah ^_^

dan InsyaAllah esok dah masuk 1 Rejab kan

semoga dipermudahkan urusan ummi melahirkan awak dengan selamat secara normal & dipermudahkan urusan awak untuk dilahirkan... jangan takut ye anak ummi Allah ada.. kita (ummi,abah,awak) sama-sama usaha dan bergantung hati pada-NYA ye sayang

"Jangan takut jangan gentar Allah bersama kamu"

Dikesempatan ini saya ingin mohon maaf zahir batin pada semua.. mohon dihalalkan terlebih terkurang.... Terima kasih atas setiap doa dan ingatan =)


Bismillah...


Mar 27, 2014

33 weeks



Alhamdulillah anak ummi dah 33w dalam rahim kurniaan Allah

petang semalam kat ofis tengah berborak dengan kawan-kawan kat pantry tiba-tiba merengat sangat beberapa tempat especially bahagian belikat... ummi minta izin balik bilik dulu sebab taknak orang nampak huhuuu sakit syg ummi :'(

balik abah awak amik (dah berapa minggu mmg abah awak yang amik ummi tak rasa nak drive) singgah rumah mak jap untuk hantar puding jagung yang ummi buat untuk portluck kat ofis tadi.. tapi mak tak sampai rumah lagi so lepas letak puding terus ummi balik sebab memang tak selesa sangat (tak nak mak nampak ummi macam tu nanti dia risau)... it's too early syg huhuuu

dalam kereta otw balik rumah ummi tak selesa merengat2 belikat... bergenang air mata ummi 1 sebab sakit 1 lagi sebab ummi risau kenapa rasa awal sangat... abah awak sambil drive sambil picit2 lengan ummi...ummi diam je cuba bernafas betul-betul and fikir positif (badan tengah prepare...takpalah dia prepare awal supaya tak terkejut) rasa rengat tu dalam 1 jam lebih

sampai rumah tak senang duduk... abah urut2 belikat ummi berangin-angin keluar...lama abah urut lepastu Alhamdulillah ummi lega... ummi makan minum tengok tv check FB... dah ok sangat :) (wassap kawan ummi 'Omi @ kak mas' tentang ni minta pendapat dia... TQ omi)

malam nya sakit belikat tu datang lagi macam2 posisi ummi buat merangkak melentur buat itu buat ini rasa dada penuh nak bernafas tak selesa...lama ummi tukar2 posisi..last ummi duduk atas sofa sambil exercise stretch tangan belikat gerak2 tangan laju2 sampai abah awak risau nanti tangan lenguh tapi ummi diam je sambil buat laju2 sebab bila bergerak macam tu rasa sakit tu tak terasa sangat... abah urut lagi guna balm serai biar panas ... sambil urut ummi nangis lagi tak keluar suara air mata je meleleh... ummi risau sangat... ummi try tarik nafas dalam2 and hembus... ummi taknak awak stress.. ummi bercakap dengan awak dari hati je... kalau diizinkan ummi harap awak keluar 40w... sekarang awak belum matang lagi...hati belum matang lagi nanti kesian awak :'( lama abah urut lepastu dah ok ummi tidur... Terima kasih abang :'(

Allah bagi rasa sakit ni sebab nak ummi preparekan... nak badan ummi bersediakan... ummi berharap awak bersedia keluar 40w sihat walafiat selamat semuanya dipermudahkan ummi melahirkan awak sebolehnya secara normal tanpa sebarang komplikasi.. Aamiin Ya Allah... semoga ummi, abah & seluruh ahli keluarga sebenar redha dan bersyukur dengan segala perancangan dan ketentuan Allah... semoga ummi sebenar redha syg...


Mar 10, 2014

Terima kasih abg


Abg...

Terima kasih...

Syg rasa dugaan yang Allah beri pada kita terlalu awal... tapi siapalah kita untuk menidakkan perancangan-Nya.. tiada yang terlalu awal mahupun terlalu lewat kan? kerana apa jua perancangan-Nya pasti yang terbaik dan tepat pada masanya, saatnya, ketikanya...

Terima kasih...

Ada ketikanya syg tak kuat... rasa tak mampu... rasa putus asa... tapi ketenangan dan kesabaran yang Allah berikan pada abg ada tempias nya pada syg

Terima kasih...

Syg tak tahu bagaimana hari mendatang... tapi doa dan harapan syg tinggi semoga kita kekal bahagia bersama berjaya bersama.. tetap bersama ditika susah dan senang dalam keberkatan dan redha Allah hingga ke Jannah. Aamiin...

Terima kasih...

Syg yakin dalam perancangan Allah ada sesuatu yang sangat baik untuk kita sekeluarga... sebab Allah hanya beri yang terbaik buat hamba-Nya... yang penting kita bersabar, bersyukur, redha dan berusaha kan =) bersangka baik pada Allah.

Syg kena kuat, sentiasa positif, sentiasa bersyukur dan redha kan bang sebab InsyaAllah syg akan jadi Ummi abg akan jadi Abah =)

Sekiranya kita hitung nikmat yang Allah dah berikan pada kita sebelum ni hingga ketika ini... pasti tidak terhitung kan bang..

Terima kasih abg... Terima kasih Ya Allah =)

Alhamdulillah...


Jan 30, 2014

Comot

Rasa comot momot muka, dressing wuwuuuu
Pergi opis ke kuar ke rotate baju-baju yang sama dari muat sampai dah kurang muat wuwuuu
Shawl banyak terbiar kat rumah... yang disarung tetap 2 3 tudung segera... bercinta nya nak lilit shawl tapi dalam hati nak pakai cantik2... naaaakkk

Comotnya rasa wuuwuuuu

Next week dah mula semester baru, weekend ni nak pergi usha kedai baju/blouse/jubah kalau tak alahaiii setiap minggu ada je baju yang dah pakai minggu lepas... basuh pakai basuh pakai hehehe kita tengok pun muak apalagi student takda mood nak belajar nanti =P

Harap jumpalah yang selesa pakai, selesa memandang, murah harga hihihi

Jangan comot momot mai... kesian suami hahaha



Jan 12, 2014

Duhai anak


22w 6d


Alhamdulillah awak dah masuk 22w 6d nak (InsyaAllah)

Semoga awak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik & dalam perlindungan dan jagaan-Nya (Aamiin)

Ummi harap semoga Allah makbulkan kelahiran awak dari rahim ini dalam keadaan yang baik, ditempat yang baik, persekitaran yang baik yang penuh kasih sayang, bersama orang yang beriman & terjaga aurat ummi.. Aamiin..

Apa jua perancangan-Nya semoga ummi, abah & semua sebenar syukur, redha & bersangka baik pada Yang Empunya.. Aamiin..

Maafkan ummi sayang...banyak kekhilafan ummi..


Assalamualaikum duhai anak yang kasih pada Allah & cinta pada Rasulullah s.a.w kerana Allah.
Aamiin..


Apr 8, 2013

2 weeks more


Assalamualaikum ^_^


InsyaAllah lagi 2 minggu akan berhijrah status / tanggungjawab

Awal2 tu rasa gak macam berdebar rasa "eh dah dekat"
Pastu makin makin dekat jadi tak rasa apa-apa....huuuuu normal ye?
Sekarang dah berdebar balik huuuu tapi lebih ke arah risau majlis macam mana nanti

"Semoga dipermudahkan, dilancarkan dan diberkati oleh Allah sebelum semasa & selepas majlis. Amin, InsyaAllah."

"Semoga apa yang kami usahakan ini menjadi salah satu ibadah kerana-Mu Ya Allah & bukan nya usaha & penat lelah yang sia-sia. Mohon petunjuk & bimbingan dari-Mu Ya Rahman Ya Rahim. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pembimbing. Amin, InsyaAllah."
 



........

Mar 7, 2013

Hal Ehwal Kahwin - Submit! & PRU



Assalamualaikum ^_^


Alhamdulillah borang nikah dah dapat pengesahan =D 

haritu ambil cuti dan pergi Pejabat Agama Daerah Johor Bahru dengan mak (TQ Mak), staff tu dah semak borang semua then kena masuk dalam lak untuk jumpa pegawai in charge tandatangan borang, dah setel semua nak gerak balik baru teringat yang belum kena interview lagi, masuk jumpa pegawai tu semula and tanya tentang interview (sebab risau tak nak nanti kena ulang datang balik untuk interview).... then pegwai tu kata takda interview (weeehuuuuuuuu) sebab kat luar ramai orang ^_^ (mungkin staff tak cukup nak handle untuk interview sebab ramai customer) *Alhamdulillah*


Then balik rumah dengan 1 kelegaan dah selesai dah dapat kebenaran nikah (yeeeeeaahhh lega), call imam untuk submit borang and malam tadi dah jumpa and inform tarikh & masa untuk nikah *Alhamdulillah*.


Belum inform kawan2 lagi tentang tarikh nikah & majlis kahwin sebab selagi borang tak setel selagi tu kurang confident (semoga lancar & dipermudahkan Allah).

kad kahwin belum siap so belum dapat bagi lagi. Hopefully dipermudahkan para tetamu jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan & semoga semua dalam keberkatan Allah. (bila agaknya PRU ni huhu).


Cerita tentang PRU lak... sebelum ni memang risau kalau clash tarikh or dekat2 huhuhu... *muhasabah diri* Allah dah rancang semuanya kan, tarikh PRU pun Allah dah tetapkan, kita diberi pilihan untuk memilih & merancang tapi DIA tetap sebaik Perancang. At least kat part kami dah usaha cari tarikh yang baik cuma benda-benda yang kita tak pasti ni bukan dalam bidang kuasa kita (tak kan nak arah kan PM lak huhuu). So, semoga redha & bersyukur dan yakin yang apa yang DIA rancang adalah yang Terbaik dan DIA tidak menzalimi hamba-hambaNYA.


Ok atataa ^_^


Mar 1, 2013

Hal Ehwal Kahwin - Borang


Assalamualaikum ^_^


InsyaAllah Isnin ni baruuuu nak hantar borang kawen (erkk baru)

Dengar kata kat Johor ni perempuannya akan ditanya beberapa soalan (interview) masa hantar borang tu nanti hmm kena study kena study

Semoga segala urusan lancar, dipermudahkan Allah & dalam keberkatan-Nya, Amin..InsyaAllah



Ok atataa ^_^

Jan 23, 2013

Hal Ehwal Kahwin


Assalamualaikum ^_^


Alhamdulillah tarikh dah ada... semoga dipermudahkan Allah & dalam keredhaan-NYA

Catering - booked (depo)
Bridal - booked (depo)
Baju nikah/sanding - dah ukur badan
Hiv test/Thalessemia test - done (terima kasih mak azie ^_^)
Meja - booked (depo)
Dewan - booked

Macam banyak lagi yang tak ada sebenarnya hehe mcm...
Kad kawen (dah survey n tanya tp belum tempah)
DJ/Emcee
PA system
Kompang
Doorgift (baru idea)
Hantaran (baru ada sikit2 n tak gubah lagi)
Borang Nikah..... woooo paling penting belum lagi (sekarang kena isi online)

apa lagi ye....




Dec 3, 2012

Tarikh clash



huuuuu tarikh yg kedua tu clash dengan anak sepupu mak (kira dua pupu dgn mai??) hmmmm T_T


sedih.....

Nov 30, 2012

Tarikh


Academic calendar 2013 dah keluar kat website ^____^

Hopefully tu tarikh yg dah finalize (dah finalize lah kan kalau tak, tak kan dah keluar kat website kan kan) huhu moga-moga.

Penting sebab tarikh2 tu akan relate dengan expected date untuk mendirikan masjid, mengikut sunnah Rasulullah.... InsyaAllah.

Kalau tarikh clash dgn exam nnt tak dapat guna dewan unikl, kalau clash dengan waktu student belum cuti nanti cuti kawen kurang menarik sebab sambil cuti sambil fikir hal ehwal kelas/student/event universiti/etc

Sekarang ada 3 tarikh..... so far berat ke pilihan tarikh yang ke-2.... semoga dipermudahkan Allah.

Haritu masa ijazah silat kat sini Alhamdulillah berkesempatan jumpa YM GU untuk inform ttg perancangan nak nikah kawen next year n minta pendapat tarikh2 yang dah dibincang. Sesungguhnya YM GU seorang yg bijaksana ^_^

Semoga tak clash dengan event beliau, dengan event kawan-kawan & event lain. InsyaAllah.


Kat bridal tak inform lagi ni yang tarikh kemungkinan bertukar.....hopefully dia ok dan tak menyusahkan mereka.


tu je kot =D

Ok atataaa ^_^



Nov 16, 2012

Semoga berkat semoga memudahkan


Assalamualaikum ^_^


Semoga pernikahan & majlis perkahwinan nanti dalam berkat Illahi, mengikut sunnah Rasulullah s.a.w (walau tak semua biarlah ada juga huhu), mengikut syariat Islam (walau tak semua biarlah tidak mencemarkan), memudahkan kedua belah pihak, menggembirakan kedua keluarga saudara mara sahabat handai para tetamu dan seluruhnya, InsyaAllah.


Zaman sekarang bukan mudah untuk mengurangkan belanja perkahwinan, nilai duit dahulu nilai barang dahulu dan sekarang jauh bezanya. Tetapi sangat berharap semoga tidak melampaui apa yang sepatutnya tidak membebankan sesiapa.


MUA (make up artist) penting tak? pendapat saya penting sebab InsyaAllah perkahwinan ini untuk sekali seumur hidup. Kita nak tengok gambar kahwin selamanya, kalau tak kemas bila tengok gambar je sedih hehehe... bagi saya ini lebih kepada kepuasan pengantin. Nama pun raja sehari haruslah berseri-seri ^_^

OP (official photographer) penting tak? pendapat saya OP pun penting sebab gambar adalah kenangan pengantin tersebut.... kalau berkualiti sampai ke anak cucu cicit boleh tengok, kalau cantik OP tu amik sampai ke tua kita boleh perasan muda tiap kali tengok gambar kahwin "meh sini cu tengok uwan mudo2 dulu cun bona solid molid ekau pun kalah tauuuu" hahaha. Tapi kalau tak nak pun tidak menjadi masalah asal kan dah assign sesiapa untuk capture every moment of your wedding. Video pun best! sebab gerak2 hehehe

Catering?? memanglah penting kan sebab nak bagi tetamu makan... tak kan diorang datang semata nak tengok pengantin salam-salam hulur2 duit pastu balik (ehh hulur duit....hahaha). Mestilah diorang nak makan.. kita dah jemput orang datang kita kenalah menghormati mereka sebagai tetamu... belanja kahwin part makan ni lah yang paling tinggi kos nya huhuhu.

Doorgift? dah menjadi adat akan bagi 'something' pada tetamu untuk dibawa pulang. Part ni boleh dikurangkan belanja sebab diorang dah makan dah wawawawa =P bagilah ikut kemampuan. Pendapat saya benda yang diorg betul2 boleh guna (bukan sekadar buat hiasan) or bagi makanan (habis makan terus buang).

Bridal (ambil time promosi)
Kad kahwin
Hantaran
etc

semoga dapat menjaga apa yang sepatutnya dijaga, InsyaAllah (secara jujur bukan mudah bagi saya nak jaga semuanya)....banyak yang memandang... takut hari yang membahagiakan sedar tanpa sedar akhirnya bertambah dosa nya T_T



**hmmmmmm rupanya kursus kahwin tak pergi lagi ("-_-)



Oct 9, 2012

Qasidah - Ya Hanana

Assalamualaikum

Pagi tadi gosok baju nak pergi kerja buka TV9
Setiap pagi TV9 ada macam2 siaran ilmiah (cuba tengok) mai taklah rajin tapi InsyaAllah paksa sikit2 huhu

Ok tadi lambat buka TV9 so terlepas Tanyalah Ustaz, Pesan Atuk etc.. masa buka tu slot Halaqah (ulangan), time tu diorang berqasidah 'Ya Hanana'.... Ya Allah baru sedar keindahan nya huhuu

Maksud Ya Hanana tu 'Berapa Beruntungnya kami'... dengarlah dengarlah google je ^_^

Pada siapa yg belum pernah dgr 'Ya Hanana' cuba lah ye.... indah... mai tak reti pasal qasidah ni, mesti ada lagi yg lain2 kan



p/s kalau ada rezeki panggil group qasidah untuk menyerikan majlis ok juga kan..... InsyaAllah

Sep 23, 2012

Banding harga untuk JIMAT



Assalamualaikum ^_^


kawan mai ada suggest 1 page ni for online shopping barang2 kosmetik, perfume n macam-macam lagi
bermacam brand (SK-II, Clinique, Elizabeth Arden, etc) for women & men (3rd gender dunno =P )


mai belum penah beli lagi tapi usha selaluuu hahahaha memang macam2 adaaaa

ok just my 2cents suggestion for bride-to-be.... macam mana nak menjimatkan (InsyaAllah)

selalu kan orang beli set perfume, set cosmetic untuk hantaran kan. So, first pergi survey2 usha2 dulu kat kedai, jusco semua tu set2 yg diingini... amik gambar n then compare price dengan yang online... kalau online selalu beli asing2 bkn set kan, tp kalau kat online lg murah boli yo xyah pikir laie lotak yo dlm bakul n hias cantik2 terus nampak 1 set kaann

kalau kat kedai lagi murah beli je kat kedai ^_^

sebagai contoh untuk buat set 'basic SK-II' guna online shopping kita memerlukan:

1. Kotak SK-II (RM15)
2. Facial Treatment Essence 30ml+30ml (RM128)... or boleh beli 30ml je (RM68)
3. Facial Treatment Mask 1 pcs (RM30)
4. Facial Treatment Clear Lotion 40ml (48)

Total RM 221.... kalau FTE tu beli 1 je 30ml Total RM 161

set perfume ke apa ke kira sendiri lah ea... macam-macam ada kat website tu


Semoga urusan kita dipermudahkan & dapat menjimatkan apa yang boleh untuk kelangsungan hidup dikemudian hari, InsyaAllah.


Ok atataa (nak makan labu masak lemak + sambal udang petai + ikan goreng + nasi)



Sep 12, 2012

Quick update - malu pada diri

Assalamualaikum ^_^ 


Cepat-cepat taip sebab nak cepat-cepat buat soalan final exam (kenapa cepat? sebab dah lama sangat bertangguh)  <-----bad habit yang sangat bad wawawa

Sepanjang bulan Syawal ni rasanya weekend memang pack belum ada lagi yang duduk goyang kaki kat rumah (yeke??) macam weekend2 sebelum2 ni hahahaha nampak sangat selalu goyang kaki

Ada kenduri-kenduri kawen, besday Adam yang ke-2 tahun
dan minggu ni ada open house YM Tuan Guru di KL, Karnival Wajadiri Kebangsaan di KL, kenduri kawen member silat (belah lelaki) di Gombak... belah perempuan tak dapat pergi sebab clash dengan abg sedara kawen.

Ok.. apa yang mai nak cuba sampaikan....

Terdetik dihati ni yang kalau boleh tak attend minggu ni punya events (mesti syaitan yg bisik.... salahkan syaitan).... tak attend sebab rasa macam jaaaauuuhhhhnya nak drive JB-KL-JB letih waaaaaaaaaa tak baiknya terdetik macam tu (tolong jadikan pengajaran ye huhu)

Bisik balik pada diri (sebab nak lawan hasutan syaitan... salahkan syaitan lagi)....

"Mai... kalau YM boleh pergi setiap negeri, sabah, sarawak, australia untuk mengijazahkan ahli baru... kalau YM boleh menghadirkan diri ke jemputan kawen anak muridnya yang jaaaauuuuhhh mahupun dekat... kalau YM boleh stay lama-lama dalam satu-satu majlis untuk entertain anak murid dia... apa alasan kau mai untuk tak hadir? apa yang kau penat sangat mai? Tu majlis open hause Guru kau, tu event persatuan yang kau sayang, tu kenduri kawen member kau sendiri bukan orang lain"

huuuu malu sangat pada diri sendiri :'(

perkara yang mai risau bila dah duduk jauh sekarang ni adalah bukan sahaja secara fizikal nya jauh tapi sangat risau kalau hati dan perjuangan semakin jauh dari Guru... semoga istiqamah... semoga sentiasa 'dekat' InsyaAllah


p/s yang baik jadikan ikutan, yang kurang baik jadikan tauladan


Ok atataa


Sep 3, 2012

Booked


Assalamualaikum ^_^


Promosi Ramadhan haritu mai ambil =) mana lah tau kannn...
15/8/12 minta tolong Pn.Fifah (wahh dah puan dah hehe) temankan pergi Izan Yacob Bridal House
dah usha2 dah tanya2 so terus booked sebab nak harga promosi hehehe =)
so far tengok abg izan ni peramah n membantu.... semoga dipermudahkan

mai ada tanya kalau nak design baju sendiri kena tambah berapa, abg izan kata tak perlu tambah sebab semua dah kira dalam pakej... cuma if nak design sendiri dah kena tunjuk/hantar design sekarang (asap)

InsyaAllah nak jumpa abg izan petang ni nak tunjuk design macam mana yg berkenan di hati
simple je design nya =) hopefully abg izan setuju n dapat buat n sesuai dengan kami. InsyaAllah.

hubungan jarak jauh ni agak sukar juga nak discuss baju, tema, kaler etc yg 22 pihak setuju hahaha tapi nasib baik ada teknologi so memang selalu wassap gambar2 design je dgn jas... so far Alhamdulillah dia setuju... hehe lagipun simple je design nya tak berat

**lupa nak inform... bukan mai design sendiri tau hahaha tak reti lerr... just tengok gambar2 baju kt fb/magazine/blog/website yg berkenan di hati kami

hmm apa lagi ek... macam dah takda apa2 kot lagi =D


yg di 'tick' adalah yg akan diprovide dalam pakej dewan


Ok atataaa ^_^




Aug 14, 2012

Promosi Ramadhan

Assalamualaikum ^_^


Izan Yacob Bridal house ada buat promosi sepanjang bulan Ramadhan (lg berapa hari je tinggal)
Kalau area johor ni bridal memangggg mahaii (normally above 6k) huhuhu
cantik2 juga design dari abg izan tu, orangnya pun macam peramah ^_^

** serach kt FB Izan Yacob Bridal house (sorry tak dapat link kan sb office hour tak boleh buka FB hehe)

Harga promosi Ramadhan utk pakej dewan jadi 4k =) lengkap semua!
tak kira majlis bulan berapa, tahun depan pun boleh yang penting booking dulu sekarang dgn deposit RM500

Bila kira-kira... kalau burn RM500 tu lagi berbaloi dari lambat booking end up harga pakej semua 6k-7k++ standard pakej dewan bridalsss kat sini huhuhu mahaiii kan... tapi harap tak burn lah

InsyaAllah kalau amik yg 4k tu boleh jimat around 2-3k++ gak huhuhu boleh guna untuk kesinambungan hidup mendatang, InsyaAllah =P

Ada pm fb abg izan tu utk tanya apa je yg akan dpt dalam pakej dwn 4k tu... ni yg akan diberi:

- pelamin dewan (3 panel++ ~ penuh stage)
- hiasan main table
- sepasang baju sanding L/P
- baju potong kek L/P
- solekan 2x (nikah & sanding)
- baju nikah (perempuan shj)
- aksesori (crown, rantai, dll) utk L/P
- bunga laluan 8 pcs
- arch (gerbang)
- meja kek
- alat renjis
- red karpet
- payung
- bantal & kipas

InsyaAllah nak pergi butik dia esok dgn Cik Fifah ^_^ nak tanya betul2 & tengok2... if ok boleh booking sb nak harga promosi

Semoga dipermudahkan dan diberkati Allah urusan ini, InsyaAllah


Ok atataa ^_^


Jul 4, 2012

Jimat


Assalamualaikum...

perhatian::: 
post ini bukan membawa makna sy dah nak kawen hahaha...

Kalau boleh semua nak buat sendiri... semua nak DIY sebab nak jimaaaatttttt wawawawa
pelamin? baju nikah sanding? doorgift? wedding cake? makan2? apa lagi apa lagi u name it hahaha tp 'kalaulah boleh'.... ada kalau kat situ kan =P

nak simple je.... simple tau bkn cincai hehehe

so far rasanya yg boleh buat sendiri part doorgift tu (InsyaAllah)
manyakk jimat woooo.... cuba bygkan klo 1 doorgift rm2... 1000 jemputan = rm2000
kalau buat sendiri manyakk jimat woooo boleh save g hanimun ke belanja kwn2 ke ehhh baik sgt lak =P

tapiiii perlu diingat doorgift tu kenalah yg mmg boleh DIY kn mcm cokelat,muffin,cupcakes

memang penat buat sendiri tp antara jimat atau penat nk pilih mana?? timbang kira lah sendiri hehehe kalau jumpa org yg charge murah mmg sgt best!

guestbook table boleh buat sendiri (InsyaAllah)

dah bagitau kaklong n mak nnt mai turunkan ilmu =P supaya sama-sama boleh tolong buatkan doorgift hahahaha nak jimaaatttttt (InsyaAllah)... kalau jadi lah nak buat doorgift macam tu... kalau tak "order kuar duit" lerrrr

kadang-kadang tengok pelamin zaman sekarang ni pun macam boleh buat sendiri je tapi yang kat rumah punya lah... kalau kat dewan besar lak space pentas nya

kalau pandai jahit boleh at least buat baju nikah sendiri

jimaaaattttt punya pasal =P kedekut ke taknak membazir nama nya ni?? sy memilih 'taknak membazir' instead of 'kedekut'


tu je kot buat masa ni


Ok atataa ^_^


p/s: berapa banyak 'kalau' daaaa



Jun 4, 2012

.....




klik untuk lebih jelas
 

Ilmu Islam dihapuskan?

Timbulnya kejahilan?

Banyak berlaku jenayah terutamanya pembunuhan?


..... sebelum munculnya kiamat .....


Kiamat itu pasti

..... takut... risau... sebab tahu empunya diri masih jauh dari sedia.... :'(



May 22, 2012

Face the reality


"mak.. kalau kita kahwin awal 2014 boleh?"

"(muka terkejut) lambat sangat.."

"hmm kita baru kerja.... tak nak aim awal nanti patah hati"