Dec 30, 2011

Menu itu tentang makanan



Assalamualaikum ^_^



Menu hari ni simple je hahahaha memang sentiasa simple pun sebenarnya
Daging nyum nyum masak kicap, sambal sardin nyum nyum, kobis goreng nyum nyum & nyum nyum telur dadar hahahahaha ehh dengan nasi putih nyum nyum

Letak gambar sikit sebagai penambah perisaaaa




erkkk (Alhamdulillah)



Ok atataaa ^_^



Dec 28, 2011

Cara Hidup Sihat

Assalamualaikum w.b.t ^_^


macam mana nak amalkan cara hidup sihat niiii
mai ada jumpa 1 website by Kementerian Kesihatan Malaysia (klik sini)
kat situ ada 'Kalkulator Berat Jisim Badan' boleh check berat badan ideal (just key in tinggi, berat sekarang, umur & jantina) lepas tu terus keluar berat badan yang ideal untuk kita... tapi macam lain sikit (bukan tak betul tau) tapi tak macam yang selalu check BMI tu (korang cuba lah sendiri ea) hehehe


Picture credit to 'Cara Hidup Sihat' website (comeeeelll kann)

sebagai contoh kalau tinggi 160cm, berat 65kg, umur 27 tahun, jantina perempuan.. resultnya 'Berat Badan Berlebihan' & 'Berat Ideal' 53kg... tapi boleh cuba-cuba untuk cari range berat badan yang ideal tu... sebagai contoh mai key in berat yg sebelum ni 65kg jadi 63kg@61kg@59kg sampailah keluar 'Berat Badan Unggul' dan gambar kartun kurus hehe dan dalam case ni dari 65kg-59kg still 'Berat Badan Berlebihan' dan bila 58kg baru 'Berat Badan Unggul'.... so, kira range berat badan unggul untuk 160cm, 65kg, 27 tahun, perempuan ialah 53kg - 58kg macam gambar kat bawah ni


Picture credit to 'Cara Hidup Sihat' website (dah selimmm dah kartun tu)


Selain 'Kalkulator Berat Jisim Badan' tu ada macam-maaacaaamm lagi kat website tu... ada Info (panduan piramid makanan malaysia', Tips (resepi untuk breakfast luch dinner dessert) dan  macam-macaaaammm lagi ^_^  so, what you waiting for..??? ckeck it out here ^_^


After all 'Sharing is Caring'



Ok atataaa ^_^









Dec 19, 2011

update interview


Assalamualaikum


Hahaahahaaaadoooiiii
tadi dah interview dalam 1 jam...
masuk 3 orang sekali, panel 4 orang termasuk dekan, takda mock-teaching

hmmmmmmmmmmm
masuk sekali dengan saya sorang lelaki & sorang perempuan
yang lelaki umur 35 tahun & banyak pengalaman kerjanya (banyaaakkkk)
sorang lagi perempuan (baik dia) sebaya dengan saya, ada pengalaman mengajar & sedang sambung PhD di UTM
hebat-hebat kan diorang  ^_^  kan? kan?


saya...?? hahahahaaadoooiii saya biasa-biasa je ^_^
yang penting dah usaha kan

kalau sudah Allah tentukan rezeki kita di situ walau seribu orang yang apply mesti kita dapat, kalau Allah sudah tentukan rezeki kita di sana untuk cari pengalaman temuduga je walau hanya kita sorang je yang ditemuduga pasti tidak dapat juga ^_^ yang penting kita USAHA... InsyaAllah


Guru saya ada berpesan (saya ambil dari FB beliau):

"Ibarat tanam pokok... jaga, siram, baja itu kerja kita. Pokok itu hidup, subur atau tidak itu kerja DIA" - YM Tuan Sheikh Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadahi"



Ok atata ^_^

Dec 16, 2011

Khas buatmu

Assalamualaikum lagi =)


straight to the point tak mau belok-belok 'buatmu' tu handphone saya
Alhamdulillah dah lebih kurang 6 tahun dengan handphone ni, Nokia 7610 (nokia daun)
seingat saya beli masa diploma semester 3 (mid 2005)


Nokia 7610 - Google.. tapi memang macam ni =)

ni handphone kedua yang betul-betul saya punya (ada yang olok-olok ke..??) hehe maksudnya bukan diturunkan oleh sesiapa =) handphone pertama Nokia 1100 mak ayah belikan masa nak pergi PLKN


Nokia 1100 - Google juga =) saya punya kaler biru


ok, back to business..
kalau dah 6 tahun tu maksudnya dari umur 19-25.. dah byk kali tak sihat lepas tu baik sendiri, ada masa tak sihat kena jumpa pakar hahahaadoooii tapi tu lah... Alhamdulillah

before g umrah ada hantar repair kat PAS (plaza alam sentral) sb tak sihat, orang tukang repair tu terkejut bila kata memory card nya 124MB... hehe memang tak jenis simpan gambar or lagu banyak2 walaupun  sebenarnya nak simpan baanyaaakkk huuu (weng! apa punya cakap ni jap nak jap tak nak.. dusshh!) pendrive pun 2G buat masa ni bagi saya dah sangat besar

technology comes and goes... kadang2 memang ada yang minat sb cantik tertarik kau memang da bomb! selalu juga usha2 tapi ushaaaaa jeeeeee hehehe ^_^ macam kat siiniii haaa huuu memang cantik kan

dalam handphone saya suka buat folder untuk simpan mesej2 berharga dari family, kawan2, mesej penting & yg memang perlu simpan hahaha kalau simpan dalam inbox je agak2 selama 6 tahun ni memang jenuh nak cari balik kan... so just make use of what they have provided because it do help make things orderly.. so far ada 13 folder


1. Templates - ni memang sedia ada pun kan
2. Guru ku - berharga tak ternilai
3. Jom Silat - mesej2 penting untuk program Jom Silat 2010
4. Kata Hati Mai - apa yg terdetik, apa yg terasa... taip dan simpan
5. Mak Ayah - mesej2 dari mak & ayah
6. Mishmay - Mostly mesej wish bday, hari raya dari kawan2
7. Mix - bila tak tau nak letak mana masuk folder ni hahaha... resepi ke apa ke
8. Pesanan Doa - mesej kawan2 pesan doakan masa nak g umrah
9. Pesan Guru - berharga tak ternilai.... selalu tunggu hari Jumaat
10. PTD - mesej dari cousin ttg apa yg perlu prepare masa exam PTD dulu
11. Sahabat - mesej dalam ni kata2 semangat/doa dr sahabat2, kawan2 masa sy sangaaattt sedih, masa sy amat memerlukan......
12. Semangat - mesej dr kawan2 juga tp ini more general
13. Server - owhh ni server yg maxis selalu bg suruh kita save utk update server handphone


hmm lately handphone tunjuk tanda tak sihat lagi... tapi harap sangat dia akan sihat semula... banyak berbakti handphone tu dari tuan dia muda remaja sampai muda matang hahaha matang keee.... matang leerrr ^_^ (memang suka tanya jawab sendiri.... layan kan ajeeee)



Ok atata (bunyi byebye dgn adam)

UniKL MITEC


Assalamualaikum



Pagi tadi dapat call
Alhamdulillah.. InsyaAllah isnin ni ada interview UniKL MITEC (pasir gudang)


Moga dipermudahkan & lancar semuanya, InsyaAllah

"Jika benar ini antara yang baik buat hambaMu ini, moga dipermudahkan jalanku, diberkati laluanku dan berjaya.. dan moga hambaMu ini sebenar berjuang, sebenar usaha, sebenar berdoa, sebenar tawakal & sebenar redha.. Amin, InsyaAllah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala"

...

Dec 8, 2011

mengalir lagi


Tadi terbaca post kaklong kt FB dia
hari ni genap setahun kaklong kerja kerajaan
kaklong post perbualan telefon dia dengan ayah masa mula-mula dapat surat temuduga SPA
surat sampai kat rumah mak ayah... masa tu kaklong tengah kerja and tengah pregnant


air mata mengalir kembali masa baca......


Takpa mai.... ingat pesan Guru.... bersyukur berterima kasih bila diuji (PG28)


InsyaAllah...

Dec 6, 2011

Pesan Guru


Assalamualaikum...


Segala bentuk pesan Guru teramat berharga
Tiada yang rugi
Banyak terkesan




p/s: PG28... moga-moga


Nov 29, 2011

Today's menu

Assalamualaikum ^_^


Hari ni rajin yang tak rajin.... perut lapar pikir pikir pastu gedebak gedebik gedebuk! ni jeeee hahahaha errkkk (bunyi sendawa yee) Alhamdulillah


Banyak bawang dalam masakan adalah haruusss =P


Ayam goreng kunyit


 Jumpa tak ayam dalam tu hahaha stok ayam kat umah tinggal 3 ketul je jadi bersederhanalah ^_^



Telur masak sambal


Tu je... rajin yang tak rajin ^_^



Ok bai!



p/s: lama tak buat kek batik.... huuu teringat T_T

Nov 25, 2011

wondering ring riinngg


Assalamualaikum ^_^


kalau kita nampak artis seksi dalam tv agak-agak kita cakap apa? kita fikir apa ye? mungkin tak ada yang macam ni...

"pehhh gila apa pakai macam tu dah macam &*^&@!*%$ ni mesti kes nak tayang body, mesti nak publisiti ntah apa-apa, mesti duit dia tak berkat sebab tu jadi macam tu"

lepas tu ada tak yang TERtambah perisa macam ni
"aku rasa ni mesti nak goda vip vvip anak vip vvip suami si polan si polan" 

pastu sebab syok sangat bercerita TERtambah ni pula walaupun sebenarnya memang sengaja bukan TER pun
"mak bapak dia tak kan tak ajar ek... ehh bukan dia ni dari keluarga baik-baik ke... eh orang kata kalau masa muda kita pernah buat nanti anak kita pun buat... Astaghfirullahal'azim ntah-ntah mak bapak dia dulu...."

ada tak sampai macam tu?? tu semua andaian kan?? pernah terfikir tak andaian tu boleh timbul fitnah??
"fitnah apa pula ni.... aku cerita je dah siapa suruh dia pakai macam tu..." 

jom kita tengok agak-agak yang mana boleh jadi benih fitnah tu:

hmm hah ni boleh tak...
(1)  si A: "mesti duit dia tak berkat sebab tu jadi macam tu"
      si B : "a'a la wei konfem tak berkat tu"

(2)  si C: "aku rasa ni mesti nak goda vip vvip anak vip vvip suami si polan si polan"
      si D : (..dlm hati..) ntah-ntah dia yang hancurkan rumahtangga si polan si polan

(3)  si E: "eh orang kata kalau masa muda kita pernah buat nanti anak kita pun buat... Astaghfirullahal'azim ntah-ntah mak bapak dia dulu...."
      si A-Z: (...dalam hati... luar hati... depan belakang hati...) yelah kot macam tuuuu Astaghfirullahl'azim apalah mak bapak dia

ok dah tu minta ampun kat Allah masa sebut Astaghfirullahal'azim... tapi banyak kan sebenarnya fitnah yang dah tertabur... buatnya kawan-kawan dia pergi sampai menyampaikan segala jenis 'andaian' pada kawan yang lain... pada laman sosial yg beratus-ratus 'friend list' dia and it keep on going... semua dah boleh fikir kot kan impact nya... selain artis banyak lagi topik yang dah TER (macam "ntah-ntah si polan makan rasuah... si polan bla bla bla" )

tu fitnah... kalau kita kutuk-kutuk ngumpat-ngumpat orang tu macam mana lak ni??

"dah siapa suruh artis tu pakai seksi sampai jadi sumber kutukan umpatan aku kan... serve you right lah"... "hmm eh tapi dia yang pakai seksi tu biarlah dia yang tanggung ke apa ke... boleh je aku cakap baik-baik, bagi nasihat ke apa ke sebenarnya...aku ni dah TERlanjur kutuk ngumpat dia macam mana niiii.... alaaaaaaa dah berat bahu kiri (-_-") "

kita boleh minta ampun kat Allah... salah kat kawan minta ampun kat kawan..

"tapi buatnya dia tanya aku buat salah apa, adooiii takkan aku nak mengaku yang aku jadikan dia bahan lawak sampai kitorang gelak tak ingat"

salah kat artis, kat ahli politik, kat yang tak tercapai akal ku lak macam manaaaa...

"hmm tak kan aku nak pergi jumpa artis tu lak... tak kan nak pergi mengadap menteri tu... takpalah aku doa banyak-banyak moga diorang jenis yang memang memaafkan orang sebelum diorang tidur"


p/s: sesungguhnya dengan berkongsi tidaklah bermaksud saya lebih baik dari anda... sebab saya pun ada TERsyok cakap macam tu.... aaaaaa macam mana niii... Astaghfirullahal'azim serve me right (-_-") kita ingat-mengingati sesama kita ye... InsyaAllah



Ok bai ^_^

Nov 24, 2011

Boleh ye kalau nak....



Chicken Chop sedap!


Assalamualaikum ^_^


Dah berapa hari (ke minggu ek) teringin nak makan chicken chop yg sedap
Bukan yang tepung tu tau
Yang macam ni hah ni hah ni hah hah hah grilled chicken chop!


GooOoooggle =) nyum nyum!



Derita tau nak google gambar sedap ni... derita yang sedap! hahahaha
Kalau dah dapat baru bahagia yang sedap! yeeehuuuuuu huhuhu nak (-_-")



Ok bai!

Nov 23, 2011

Baca buku

Assalamualaikum ^_^



Semalam beli buku 'The Tipping Point' by Malcolm Gladwell
Belum habis baca lagi but so far i'm passionate about it
Buku ni macam novel tapi bukan hehehe
Buku ni a terrifically rewarding read!! hahaha bukan mai yang cakap tau tapi kat bawah ni hahh


and below some more comments from the expert




Ada cerita pasal Hush Puppies yang dulu memang orang tak kenal, kasut murah, kira memang orang tak nak beli pun tapi at one time something occur so called 'Tipping Point' yang membawa pada kemasyhuran Hush Puppies sekarang ni

Ada macam-macam lagi yang sebenarnya mungkin ada relate dengan kita dan sekeliling kita cuma antara kita sedar atau tak


Nanti dah habis baca InsyaAllah mai buat review (hehe hopefully rajin lah nak review) after all knowledge is meant to be shared ^_^ before nak tunggu mai habis baca boleh lah tengok ringkasan kat belakang buku ni dulu




p/s: rajin kan diri maaaiii =)

Nov 21, 2011

Listingg ting ting


Assalamualaikum


Kat bawah ni senarai IPTA/IPTS yang InsyaAllah saya nak apply for now. 
All of it had business faculty except for UniKL Mitec, but they do have business subject so called marketing hehehe ^_^

* UiTM (Melaka & Kampus JB)
* UKM
* UTM
* UNITAR
* UniKL Mitec (Pasir Gudang)
* UNISEL

Pilihan pun area Johor - Kuala Lumpur hehehe
Hopefully ada yang sangkut... kalau semua sangkut pun baguuiihh nanti boleh pilih-pilih hahaha =P
Tapi... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya ^_^  Yeay!


Nov 18, 2011

Duit - Alat - Punca - Usaha - Doa


Assalamualaikum ^_^


Guru saya pernah berpesan pada anak-anak muridnya tentang 'duit adalah alat'
kita memang perlukan duit... ia bertindak sebagai alat untuk sesuatu
tapi jangan jadikan duit semata sebagai tujuan hidup.. bukan kita yang menjadi alat pada duit
Guru saya pernah berpesan juga 'kalau ada duit simpan dalam bank jangan simpan dalam hati'

Salah 1 cara nak dapat duit dengan bekerja
Tapi ingat! duit bukan datang dari pekerjaan tapi duit datang dari DIA (hah kena betul-betul pegang ni)
Bekerja itu sebagai 'penyebab'.. bekerja itu sebagai usaha kita..

Saya berdoa semoga tak lama lagi saya akan bekerja ^_^
*Semoga pekerjaan itu akan menjadi salah satu punca rezeki yang diberkati-NYA.. Amin
*Semoga pekerjaan itu dan rezeki yang datang bersama akan mendekatkan saya pada Maha Pemilik dan Kekasih-Nya.. Amin
*Semoga rezeki yang akan datang dari sebab pekerjaan itu akan menjadi salah satu cara saya dapat lebih berbakti kepada Mak dan Ayah, kepada Guru & kepada Islam yang benar.. Amin

Walau apa pun... InsyaAllah (Jika Allah menghendaki)

Nov 8, 2011

Luka


"...tampak luaran kering, bila diusik rupanya dalaman masih basah... darah kembali mengalir... luaran dan dalaman mungkin berbeda..."






tersurat tersirat:
luka pada jari terhiris pisau sewaktu potong lemang rupanya dalamannya
masih belum sebenar kering seperti tampak luarannya



Oct 26, 2011

(monolog) Buat maizura



Assalamualaikum mai,

kau patut malu pada diri sendiri
tak tahu dah nak cakap apa
semuanya dah ada pada kau
semuanya dah ada dalam diri kau
keluarkannn!! amalkan!! praktikkan!!
mulakan!! mulakan!! mulakan!! mulakan!!
setakat cakap jee... setakat fikir jee... takda hasil mai

kau tak kesian ke dengan 3 insan yg kau kasih...??
cukuplah dok fikir-fikir tu...
syaitan gelak kan kau tu.. kau memang dah tahu kan..??
jangan biarkan syaitan gelakkan kau lagi

kau selalu minta kan..??
DIA dah bagi tunjuk... DIA dah bagi jalan
tinggal diri kau sendiri je nak gunakan

DIRI KAU SENDIRI maizura


Oct 10, 2011

masih...




"...sedang belajar..."


Sep 30, 2011

(Sharing) Penyakit & Penawar


Assalamualaikum

Semoga kita semua dalam lindungan & rahmat-Nya. InsyaAllah.
Tempoh hari saya ada tengok 'Tanyalah Ustaz', saya tak ingat siapa nama ustaz tu dan tajuk perbincangan pada malam itu berkenaan Penyakit & Penawar dimana setiap penyakit yang diturunkan Allah pasti sekali dengan penawarnya. Disini saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya sempat salin (sikit sahaja) ^_^


Dipatuk ular
Jika dipatuk ular, penawarnya adalah dipaling hujung badan ular tersebut (ekor). Potong dan makan. Ustaz tu cakap kalau perasan bila pegang hujung seekor ular, ular tu macam tak boleh buat apa-apa. Perlu goreng? rebus? siang? tak perlu sebab bila nyawa dihujung tanduk potong dan ngap je. InsyaAllah.

Disengat ikan keli/ikan sembilang
Bagi yang minat mancing ikan-ikan sungai ni kadang-kadang boleh tersengat kan? sakit kan? saya tak tahu sebab tak pernah mancing ^_^ hehe kalau tersengat ambil otak ikan tersebut dan sapu pada tempat yang kena sengat tadi. InsyaAllah.

Tercucuk duri kelapa sawit
Kalau tengah bertungkus-lumus kait buah/pelepah kelapa sawit tiba-tiba tercucuk durinya (adoiiii sakit...) penawarnya adalah dengan mengambil buah kelapa sawit tersebut dan ketuk sampai keluar minyak lalu sapu pada tempat yang kena duri tadi, sapu guna biji tu sekali. InsyaAllah.

Aids
Kalau Aids ni ustaz tu tak bagitahu buah/tumbuhan atau apa-apa sahaja yang boleh buat penawar tapi ustaz tersebut ada bagitahu ada sebut dalam hadis (maaf saya tak pasti hadis apa) iaitu pertama kali penyakit Aids ditemui di Afrika jadi penawarnya ada di Afrika. InsyaAllah.


Banyak lagi yang dikongsi tapi tak salin ^_^ maaf ye salah silap, saya bukan mengajar cuma menyampaikan untuk perkongsian.


Sep 28, 2011

Berbaur rasa

.....

InsyaAllah 20hb ni konvo
berbaur rasa
tiada apa yang lebih menggembirakan bila keluar dewan melihat Ayah dan Mak tersenyum
aku takut Ya Allah... aku takut jika kesedihan ini tanpa sedar aku tidak sebenar redha
hanya padaMu Ya Allah aku mohon kekuatan...

.....

Aug 23, 2011

Disebalik lagu Taubat Maksiat


Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian...

Bagi saya memang sedap lagu dari Wali Band terutama Taubat Maksiat kerana mesej yang cuba disampaikan

Sehari selepas pulang menunaikan ibadah umrah iaitu hari Jumaat (24 Jun), kami sekeluarga (Almarhum ayah, mak, abang & saya) bertolak pulang ke Johor dari Shah Alam... Kami guna dua kereta (mak dengan abang & saya dengan Almarhum ayah)

Kalau saya drive memang akan pasang CD yang di burn pelbagai lagu... ayah duduk di sebelah
Sampai saja lagu Taubat Maksiat, ayah kata sedap lagu tu & dia tanya siapa yang nyanyi... saya  cerita serba sedikit tentang Wali Band
Ulang-ulang kami dengar lagu Taubat Maksiat... saya pun nyanyi kuat-kuat dalam kereta, lagi-lagi bila ayah kata ayah suka lagu tu..............

Kini bila saya dengar lagu tu... teringat Almarhum ayah yang dikasihi
Bila ayah sudah pulang ke pangkuan-Nya, saya cerita pada mak, abang & kaklong tentang pengalaman saya bersama Almarhum ayah mendengar lagu Taubat Maksiat...... dan sekarang kalau drive jauh bersama mak, mak suka dengar lagu tu...... memang sedih lagi-lagi bila menghayati liriknya tapi tidak mengapa... InsyaAllah


Dengarlah hai sobat (sahabat)
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo (ayuh) sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat (sahabat) ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

(sumber lirik: google)


Aug 21, 2011

Ramadhan


21 Ramadhan

"HambaMu ini bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Ya Allah dan hambaMu ini bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu sebenar-benar pesuruh Mu Ya Allah"


Alhamdulillah...
Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu


Terima kasih Ya Allah
Terima kasih Ya Rasulullah
Terima kasih Guru ku
Terima kasih Ibu ku
Terima kasih Ayah ku


Aug 4, 2011

Solat jenazah pertama


Seingat saya, saya tak pernah buat solat jenazah sebelum ni
sebelum menunaikan ibadah umrah ayah ada ajar cara solat jenazah
ayah kata nanti kat sana tiap waktu akan buat solat jenazah dan selalunya siapa yang balik dari umrah/haji kalau dengar ada kematian akan nak pergi untuk solatkan jenazah itu (lebih kurang macam tu ayah cakap)
sampai disana saya minta ayah sekali lagi ajarkan cara dan bacaan dalam solat jenazah

dan...
setelah dua minggu pulang dari menunaikan ibadah umrah...
jenazah ayah lah yang pertama saya solatkan disini...

Jenazah ayah disolatkan sebanyak tiga kali
pertama di hospital, kedua di masjid perumahan dan ketiga di kampung
dan juga solat jenazah ghaib yang dilakukan oleh adik saudara bersama rakan-rakannya di Mesir

Allah Maha Besar
Allah izinkan saya melakukan solat jenazah yang pertama itu iaitu di hospital
kalau boleh memang saya nak buat ketiga-tiga tapi Allah Maha Mengetahui dan saya amat bersyukur dengan penentuan-Nya... perancangan-Nya cukup indah... cukup sempurna... Allahuakbar

Semasa ayah masuk hospital terdetik dihati ini kerisauan jika ada apa-apa berlaku pada ayah, kemungkinan saya tidak dapat solatkan ayah... sebab jika ikut tarikh sepatutnya kurniaan kepada setiap wanita dewasa seperti saya sudah tiba...
tapi DIA sebaik-baik Perancang & DIA Penentu segala
doa saya ketika itu tidak terzahir hanya dihati antara saya dengan DIA... mohon dilambatkan kurniaan itu dan semoga mengizinkan saya dapat solatkan ayah jika ditakdirkan ayah pulang ke Pemiliknya Yang Mutlak...

Allahuakbar... Sungguh besar kurniaan-Mu Ya Allah pada hamba-Mu yang sering alpa
DIA izinkan saya melakukan solat jenazah yang pertama itu... dilambatkannya seminggu...
betul-betul beberapa ketika setelah DIA beri saya izin melakukan solat jenazah buat ayah...
diizinkan anak ini menyolatkan ayahnya.. solat jenazah yang ayahnya sendiri ajarkan beberapa minggu sebelum kepulangan seorang ayah ke Penciptanya


Tidak terlafaz kata
Tidak terzahir rasa
Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu
Terima kasih Ya Allah


Aug 3, 2011

no title

Tak dapat nak kongsi pengalaman umrah pertama disini
sebab buat masa ni bila teringat jadi sedih... banyak kenangan disana dengan ayah
pengalaman pertama dan terakhir dengan beliau
disini saya sertakan link blogger yang memang menetap disana.. link ni dapat dari seorang kawan yang bersama dengan rombongan umrah tempoh hari... dia bagi masa awal-awal saya upload gambar umrah dalam FB
dah lama tak buka blog mereka sebab terbayang-bayang...

1. http://kehidupandimekah.blogspot.com/
2. http://manzlie-makkah.blogspot.com/

Al-Fatihah buat arwah ayah yang kukasihi (Haji Alias Bin Haji Mansor)... Semoga ayah dikurniakan Kasih, Sayang dan Ehsan dari Illahi... Amin..

Jul 19, 2011

Kurnia

Dengan hanya melihat wajahnya hati menjadi tenang dengan izin-Nya
Beliau sememangnya kurniaan dari Maha Pencipta
Semoga hambaMu ini kekal dalam perjuangan... susah dan senang
Terima kasih Ya Tuhanku atas kurniaan Mu ini

Alhamdulilllah


Jul 14, 2011

Buat sahabat


Sahabat...

Terima kasih atas segalanya...
Terima kasih atas doa, ingatan & kata-kata semangat dari kalian
Hanya Allah dapat membalas semua... kerana ia tidak ternilai dan aku tidak mampu

Aku cuba

Yang terzahir mungkin berbeda... dalaman hanya DIA yang tahu... aku selemah-lemah hambaNya
tapi......

Aku cuba

Hanyaku pohon dari Empunya segala dipinjamkan kekuatan padaku, pada keluargaku
Tapi kalian usah risau... aku yakin kalian mengerti...
kepulangan seseorang yang sangat kukasihi ke Pemiliknya memerlukan masa buat diri ini
Dan aku bersyukur atas segalanya... atas pinjaman Nya... atas kurnia Nya

Guru, keluarga, sahabat & semua adalah kekuatan yang dipinjamkan kepadaku
Terima kasih tidak terhingga...

Jul 13, 2011

Panggilan Illahi



(Khamis) 23.6.2011 Ayah pulang dari menjadi Tetamu Nya... tenang terpancar di wajahnya
(Khamis) 30.6.2011 Ayah mengadu sakit dada... bergegas ke hospital... risau menyelubungi anakmu
(Khamis) 07.7.2011 Ayah pulang kembali ke Pencipta Nya... ke Pemiliknya Yang Mutlak... aku redha

Tidak terungkap rasa... hanya Allah yang Maha Mengetahui
Bila sedih datang menjengah... wajahmu yang tenang, senyuman yang terukir dikala engkau pulang ke Pemilikmu menenangkan hati anakmu yang merindu...
Terima kasih Ya Allah atas ketenangan, kekuatan & keredhaan yang Engkau pinjamkan kepada kami...
Sesungguhnya kami selemah-lemah hambaMu


Ayah tidak pergi... dia pulang kembali
Ayah masih ada...  dekat dengan Illahi


"Aku bermohon kepada Mu semoga diberi rezeki untuk menjadi tetamuMu bersama-sama ayah & mak... dan Engkau makbulkan permintaan hambaMu... Engkau izinkan aku kesana bersama ayah... sebelum ayah pulang menghadap Mu Illahi... Terima kasih Ya Allah..."

Jun 28, 2011

10 Jun - 23 Jun


"HambaMu telah datang menyambut panggilanMu, Ya Tuhan, HambaMu datang menyambut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu"

Segalanya dengan izin dari DIA
Hamba Mu ini tidak punya apa-apa
Berbekalkan doa dan pengharapan hanya pada Mu
Terima kasih Ya Rabb dengan kebenaran Mu hamba Mu ini hadir menyahut panggilan dari Mu
Panggilan yang hamba Mu ini mohon akan berulang-ulang dengan penuh rasa kerendahan hati... kehambaan jiwa hanya pada Mu
Rasa rindu ini menenangkan
Semoga rasa ini kekal dan membimbingku agar sentiasa merindui Mu dan Kekasih Mu

Hamba Mu ini memohon izin dari Mu Ya Allah
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar hamba Mu
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar pengikut dan umat Nabi Muhammad Ya Rasulullah
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar anak murid Guru ku
Semoga hamba Mu ini akan menjadi sebenar-benar anak yang solehah kepada kedua Ibu Bapa ku

Aku sekadar hamba... tidak berhak mengarah Maha Pencipta... tapi aku bermohon pada Mu Ya Allah
Diberikan kami petunjuk dan janganlah Engkau membolak-balik kan hati hamba-hamba Mu setelah Engkau memberikan kami petunjuk... mohon ditetapkan hati kami ini hanya pada Mu seyakin-yakinnya... Amin

May 27, 2011

Beliau adalah Kurnia



Tidak terungkap apa yang aku rasa atas kurniaan-Nya ini...
Alhamdu lillah.... syukur pada-Mu Ya Esa mempertemukan ku dengannya...
Semoga kekal hati ini dalam perjuangan..... perjuangan bersama Guru sebenar Guru...

Beliau adalah kurniaan...

Terima kasih Guru ku...


Selamat Menyambut Hari Guru wahai Guru yang amat ku kasihi...
Yang Mulia Tuan Sheikh Hj. Md Radzi Bin Hj. Hanafi Al-Qadhi


Guru yang amat ku kasihi



source of picture: album rakan seperjuangan... terima kasih

May 24, 2011

Terima kasih Ya Rabbi

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdu lillah diizinkan-Nya berjumpa Beliau sebelum berangkat
Perkongsian itu amat bermakna
Nasihatnya... tunjuk ajarnya

Rasa jauh lebih ringan
Lebih jelas
Belajar perlu berGuru
Syukur tak terhingga dikurniakan Guru sebenar Guru
Yang menunjuk jalan... membimbing diri yang kehausan yang kekurangan
Doa dari nya sungguh bermakna
Dihulurkan buku dan sekeping ayat sebagai panduan... ku sambut dengan rasa yang tak terungkap
Kucupan tangan dari anak muridmu dengan rasa terima kasih atas segalanya (T_T)


Ya Allah... terima kasih.... besar sungguh kurniaan-Mu Ya Rabbi
Semoga aku kekal dalam perjuangan ini bersama Guru sebenar Guru





Terima kasih tak terhingga kak Nur Syahirah kerana temankan saya (^_^)

May 22, 2011

First Time



First time nak call...
(jantung rasa.... tak tau rasa apa... practice nak cakap apa)

Lari turun bawah rumah ke kereta bila dapat sms 'Ok'
(lately line rumah tak berapa bagus)

Call... Lega dalam debar

..............................................................................................................

Naik rumah tengok TV.... masuk bilik buka internet, handphone tinggal kat luar

..............................................................................................................

Ke ruang tamu amik handphone, tertera di skrin... miscall dari Beliau
(tak keruan....capai tudung lari bawah rumah cuba call semula & sms)
(tak dapat... naik semula... tengok TV... tak keruan)

..............................................................................................................

Beliau call
(tak sempat turun bawah, nasib baik line kat pintu rumah ok)


May 21, 2011

Niat

Assalamualaikum w.b.t

"Memanglah berat **** sebab kita buat bukan sebab siapa-siapa...
kalau buat sebab nak pahala mudah je" -Sahabat-

Memang berat... Bukan mudah... tapi tidak mustahil...
InsyaAllah...

May 6, 2011

Sesaja

Terima kasih Dato' sebab sudi teman saya makan walaupun lewat malam....
huuuu marilah kita gemOk bersama-sama (tiiidaaaaaakkkkkkkkk)

Bilalah nak balik rumah ni....dengan family teratur makan.... cukup je anak mak ayah ni makan
ntah pape mai ni.... umur dah 25 kot (T_T) huuuuuu
ingatlah mai....umur kau dah 25.... so please behave like one.... Ye..!!!
I do behave like one (ya ya ya....duhh) but sometimes maybe sindrom anak bongsu datang gak.... heeeee
me dont like that syndrome actually..... but how ha...it just came out naturally...luckily it only show its beauty in front of certain people....


ok sudah 4.07am.... Semoga saya & rakan-rakan dipermudahkan-Nya untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.... InsyaAllah...

Apr 27, 2011

Rasa...

Tidak menjadi kudis pada diri ini.... pada hati ini...

Memang sedikit terasa... tidak aku nafikan... tapi tidak mengapa.... ianya lumrah...
Tidak mahu berprasangka.... walaupun ada datang menjengah... moga dijauhkan...

Alhamdu lillah.... bila hidup kita berGuru...
Bersyukur dipertemukan dengan nya...

Tanpa nasihat nya... tanpa tunjuk ajar nya entah bagaimana aku kawal perasaan yang datang...
Entah bagaimana aku hadapi situasi yang tiba...

Prasangka itu bisikan dari syaitan...
& jika ianya dari syaitan pasti tidak baik tujuannya...
untuk menyesatkan... untuk memisahkan... untuk memecah belahkan...

Dugaan? bagiku ini dugaan yang kecil... bukan dengan niat untuk mendabik dada... jauh sekali untuk memperlekehkan yang datang dari-Nya... Dia Maha Mengetahui apa yang aku rasa...
kerana aku hamba yang tidak punya apa-apa...
makam ku belum layak mendapat dugaan yang besar...
sebab itu aku yakin ini dugaan yang biasa... dugaan untuk insan-insan biasa seperti ku...


Semoga hati ini dibersihkan disucikan dari penyakit-penyakit hati...


Dengan izin dari-Nya.... Dengan izin Yang Empunya...

Apr 14, 2011

Selangkah


Passport dah siap.....
Jika diizinkan Yang Empunya kesana..... InsyaAllah...
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala....

Apr 7, 2011

Runsing..?? Cara anda..?? Cara saya...

Bila rasa macam sesak nafas sebab kerja menimbun dan due date dekat-dekat.... hati resah kepala runsing tak dapat senyum.........

Macam mana cara anda tanganinya...?? Saya..??

One of my way to handle that matter is 'berangan' hahahaha.... Alhamdu lillah it works (^_^)
Saya buka FB kawan-kawan.... tengok gambar-gambar aktiviti mereka... tengok ekspresi muka 'gembira' mereka.... its like their excitement being transfer to me (^_^) Yeeaaahh happy... Alhamdu lillah...

Lagi... lagi... saya dengar lagu yang best-best je.... lagu cinta...lagu cinta & lagu cinta hehehe... that is why i had been posted two lovely songs (Simbiosis by Ella & Keabadian Cinta by Anuar Zain) dengar lagu macam tu sambil buat kerja yang menimbun..... So far it work for me (^_^)

Mula-mula tadi nak buat kerja yang menimbun pun runsing je but after the therapy dapatlah buat dengan lebih gembira & tenang.... bila kita tenang selalunya benda jadi lebih senang (^_^)

Apa pun cara kita handle emosi kite.... buatlah.... asalkan cara itu betul (^_^)

yang tersirat




"Kiasan itu indah... walau terkadang berbisa.... tapi yang penting makna disebaliknya"




Apr 6, 2011

Kiasan...

" Jangan bermain dengan air yang dalam kalau tahu diri tak pandai berenang " - Mai Alias

Mar 17, 2011

Muhasabah....

Kalau boleh nak pergi sama-sama dengan orang tersayang.... seboleh hati....
Dengan mak.. ayah.. Guru.. & sahabat semua....
Tapi jika itu bukan aturan-Nya... tak patut aku kecewa.... tak layak aku rasa begitu....



"....malah kalau pergi sorang-sorang pun tak patut rasa sedih... tapi memanglah kalau boleh kita nak orang yang kita sayang pergi sama-sama.... sampaikan kadang-kadang kita lupa yang DIA Maha menyayangi hamba-hamba-Nya...." -Sahabat-

Mar 16, 2011

Dipinjamkan-Nya rasa itu....

Alhamdu lillah....
awal mula pertama mula....

Tadi ke kelas latihan silat seperti biasa... telefon ditinggalkan dalam kereta...
selesai semua.... ambil telefon dan ada miscall dari ayah....
aku mesej bertanya.... ayah tanya dalam sekian sekian bulan ni aku dah abis belajar ke belum...
selintas itu fikiran aku terfikirkan sesuatu.... tak tahu kenapa tetapi itu yang terlintas...
aku balas InsyaAllah pertengahan bulan sekian sekian ni habis... aku bertanya kenapa....
yang terlintas tadi itulah jawapannya.... Ya Allah... Dia saja yang tahu apa yang aku rasa...
Gembira... sayu... bersyukur... walaupun belum pasti tapi rasa yang dipinjamkan itu sangat indah... hati bergetar...

Sebelum ni memang ada pasang niat.... selalu mengantar mereka.... selalu mendengar pengalaman mereka.... tetapi itu semua atas izin dari-Nya.... walaupun belum pasti tapi tak tergambar rasa yang dipinjamkan-Nya tadi.... bergetar....


"Jika tertulis itu rezeki kami semoga dipermudahkan oleh-Mu... Jika belum tiba masanya semoga kami redha & tetap bersabar.... InsyaAllah... sesungguhnya semua sesuatu itu atas keizinan dari-Mu Ya Allah.... Engkau yang empunya gerak"

Mar 13, 2011

Ke arah.....

Assalamualaikum (^_^)

Saya bercadang nak buat blog untuk tempahan 'home made' cokelat....untuk hantaran, doorgift, birthday, suka-suka atau apa sahaja.... buat masa ni kecil-kecilan dulu..... hehehe
Mohon sokongan, tunjuk ajar, teguran dan kritikan yang membina dari semua....
Nanti dah siap saya invite ye..... Terima kasih (^_^)



Tempahan dari Cik Mun... TQ


Tema hantaran Cokelat Putih





Nota hati: InsyaAllah..... semoga dipermudahkan yang 'ini'..... InsyaAllah... 

Mar 9, 2011

(6 bulan) vs (3 tahun)

6 bulan.....
Alhamdu lillah....semalam genap 6 bulan Adam lahir kedunia..... rindu sgt kt die....huhuhu.... kaklong ade post gambar2 adam yg baru.....sgt cOmei n mengeramkan.... ngap ngapp.... mase bulan januari jumpe Adam dh pandai meniarap sendiri....... skg mesti lg mcm2 kn.....huuuuuu mak n ayah kate die cam byk ckp....asyik wat bunyi je n suke tgk kaki.... dulu cOmel sgt bile die tenung lame2 tgn die...... Semoaga Adam baik2 ajeeee... Makcu missss u bery strong (^_~)


  


3 tahun......
Alhamdu lillah..... semalam genap juga kami 3 tahun ber'kawan' rapat.... dlm perhubungan mmg mcm2 dugaan n cabaran..... dugaan hati ke hati.....mainan perasaan..... tu semua masam manisss nye kan..... setiap sesuatu tu adalah pelajaran n pengalaman berharga..... Alhamdu lillah dia mmg byk bertolak ansur & sabar (byk mkn hati....huuuu ampun...) dia lah salah seorang yg betul-betul tau baik buruk nya peragai cik blogger selain family sendiri (byk buruk ni sebenarnye....huuuuuu)....

Terima kasih buat sahabat-sahabat yg selalu memberi nasihat n sabar mendengar.......

Kami tak mengharapkan yg tinggi-tinggi..... sebab kita tak tau perancangan-Nya ke arah mana..... tapi doa kami tetap pada yg Esa.... semoga dipermudahkan segala.... jika jodoh bersama semoga kekal bahagia dan sedia.... jika bukan itu pengakhirannya....semoga kami redha dan tetap teguh di bawah payung Guru yg sama (Guru sebenar Guru)... Amin....


Dia with Rijal

Feb 25, 2011

InsyaAllah....

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Ada perancangan dalam kepala ni
Dengan izin dari-Nya....harap menjadi
Jika tidak...semoga redha dan tidak hati ini berduka
Semoga niat untuk melakukannya adalah niat yang betul hanya kerana-Nya
Sangat takut kemudian hari nanti sedar atau tanpa sedar perasaan 'itu' muncul dalam hati....
Jika ada...semoga akan cepat tersedar & kembali pada niat yang asal.... hanya kerana-Nya...

InsyaAllah....


p/s: ini bukan kisah mendirikan masjid =)

Feb 14, 2011

makan cokelat dlm kesedihan

Huuuu ok psl choc gak but plus feeling2 cket (T_T)

Harini die g Bangkok urusan keje....
Semalam xdpt jumpa....
Dah pack kn chocs mlm td utk die bawak (tp xbgtau die....huuuu)
Walaupun die jenis xsuke sgt chocs sb maniiihhhhh.... tp nak share gak dgn org tersyg
Semalam wat chocs saje pilih filling mocha.... sb die suke benda berkafein ni.....
(cop cop iklan jap - sorry kalau ade yg ter'geli' dgn entry ni....bkn slalu pun sei jiwang...kan kan)

Continue....pastu td xsempat jumpa =( die g klia dr opis dgn opismates die....huuuuu
Sy pun bersiap utk pg klia jumpe die kt sane.... nak bg choc =(
tapi die kate xyah.... sb die risau sy sesat.....
(iklan lg.... sy jenis xingat jalan....wp byk kali g klia tp xingat gk....huuuu my fault)

Continue.... dah bgtau die yg sy leh pg sb dah tanya membe cara g klia (konfiden cket)
Die msg btau xpe xyah..... I insist... pastu die call.............................
Kerisauan die lebih dari itu.... huuuu mungkin sb die dah arif dgn kekalutan sy bila xtau jalan....
Tapi untuk makluman semua..... sy pernah redah je blk rembau sorang2 dr shah alam berpandukan direction dr sms ayah
(iklan lg..... sy xingat jalan blk kg sendiri.....huuuuu tp lps redah tu InsyaAllah sy dah boleh wp pastu dh xpernah try lg)

Continue....
owhh ttg cokelat tu..... sy makan sambil bersedih sb xdpt anta die g klia
Semoga dia n opismates die selamat pergi & selamat pulang..... Amin


p/s kt Bangkok ramai nyah meletopsss kn..... huuuuuuu

blaja & makan

Semalam g blaja wat cokelat.... dr kul 10am sampai 7pm..... lame kn kn kn...
tp sedapnyeee lg2 filling mocha...
bkn nak puji diri sendiri tp pujian tu ditujukan buat cikgu cokelat sy iaitu kak Ayu (^_^)
die ajar sume lah....care die pun cam mmg nak curahkan ilmu... 2 yg sampai kul 7
mula2 rasa cam mahal je yuran.... tp bila dah abis sume....Alhamdu lillah rase berbaloi-baloi

Benda2 yg melibatkan duit n ilmu ni selalu mai set kn as my long-term investment (InsyaAllah)
cam mula2 decide nk sambung study balik.....

Ok back to choc.... maybe sb gune cokelat gred A so bile masuk mulut terus caaaiiirrrr n ditambah pula dgn filling tu....  cam cokelat mahal tu....hihihi
tp ade gak blaja wat gune gred B....pun sedap....tp x se'melt in ur mouth' but still puas hati (Alhamdu lillah)

p/s g blaja kt My Sweet Homemade dgn kak Irah n kak Asiah (^_^)

Feb 12, 2011

api...

Ego kah aku....

Ye.... (-_-")

Feb 11, 2011

new haircut - postponed

the title talk by itself......huuuuu

sei xjd potong..... sobab...?? mahaaaiii
mmg dr dulu kt shah alam ni xjumpe lak kodai yg murah2....huuuu
standard RM30-40
dulu xkesah sgt.....pegi je asal potong..... tapiiiii la ni....pk byk kali wooOoo
mungkin kematangan diri dlm membuat pilihan....padahal....(kalo duit berkepuk mgkin xkesah kot)
nasib baik duit xberkepuk.....so leh berpikir dgn lebih waras..... hihihihihi

so...blk umah semula....google.... chat dgn cik min.... n dia kate ade yg murah kt seksyen 7 baru
InsyaAllah esok sei survey kot......
konfius gak dgn diri sendiri ni.....awatnye beriya sgt sei ni nk potong..... uishhhh
xpo xpo.... kalau jadi jadilah....kalau xjadi....apo nak di kato....huahuahua

papaaaaiiii (^_~)

new haircut

ngah usha2 new hairstyles...... slalu teruja dgn hairstyle dlm magazine
suke tgk rambut pjg sb cam ketimuran
tp suke tgk style rambut pendek gak (medium)



k zassss nak p kedai rambut ape tu (Naluri kot) kt plaza Shah Alam seksyen 9.... ade tmpat khas utk wanita bertudung yg ayuuuu (ayuuu 2 tmbahan jeee)


layaaannn kan ajeee yeee.... heeeeeee (^_~)

Feb 9, 2011

Nak.... hah

If possible before kahwin nak.....

(1) belajar masak yang betul-betul..... maksudnye makanan ruji....nasi-nasi & lauk-pauk....heee
sebab minat skg lebih ke belajar buat makanan sampingan cam dessert - kuih-muih, roti, cokelat, kek (tp tu pun xblaja lg....hehehe) x minat sgt nak tau buat lauk-pauk ni..... huuu tp mesti tau mai... xkan nnt tiap ari pun mkn kek batik jee... kan kan (T_T)

(2) belajar menjahit - minat & keinginan tu dh berputik (^_^)

Soalan : nape mai statekan 'before kahwin'...?? nape x skg je @ before umur sekian2....ce cite...
Jawapan : owhh bukan sb dah nak kahwin ye...bukan bukan.... belum lg ye.... tp sbg benchmark yg penting bg saya..... if possible before berdua dah tau buat dua benda tu... InsyaAllah...



p/s : nape ntah bg soalan jawab sendiri....layaaannnn kan aje ye...heeee (^_^)

Feb 7, 2011

mai Oh mai

1.52 am.... i already on my bed.....not preparing to sleep but working on my assignmentsssss (lots of sss)... well, serve me right because of my last minute attitude (T_T)....but i did discovered that i worked best at last minute =P

but mai....
mai Oh mai..... please change it.... u know that it's not good all the time (or might be every time)...

okay ya ya....while i'm blogging....my assignmentssss are queuing.... well... i take this as part of my own therapy (^_~)
.
.
.
.
.

2.10am....hmm taking sooOOoo long on this post.... next!

Jan 31, 2011

pesbuk

jas minta tlg kojutkn die pg esok (sonang yo....call... pas die angkat terus hang up tanpa kate ape2....heeee)
tp td mase die msg minta tlg kojutkn....

den reply : ok ajas boleh je
dio lak reply : maceh amai... :)
den reply : same2....nt wat pesbuk ea

Hahahahahahahaha ade kene mengena x dgn pesbuk =D

---------------------------------------------------------------------------------------
dah byk kali paksa die wat pesbuk (hohoho perlu ke paksa2 ni....nak gak)

p/s hopefully die xbace..... sekian

Jan 24, 2011

Buat Aku Tersenyum

Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan ku katakan semua

Bila ku lelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resah ku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggup redakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untuk ku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau selalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku

Bila ku lelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar


-- very meaningful lyrics... especially verse 2, 3 & 4 --
-- specially dedicated to him --
-- kalau dlm kereta mmg selalu suh die dgr --

Jan 21, 2011

1 Hari

semalam 1 hari masa di isi dgn aktiviti yg best ^_^
pagi nye join Sihat Silat....walaupun terbangun lambat n terlambat sampai
tapi berjaya jogging bersama kak irah n membe2 yg lain (somput makcik sb dh lamo xjog)
pastu makan-makan & bual-bual sampai tengahari
then kak yan ajak g swimming kt K-Klub dgn kak Ita

so, tengahari tu gerak blk shah alam but before tu g Giant KJ dgn kak irah n 2 orang membe puncak (dh kt induk skg)
pas hantar membe puncak blk terus siap2 kan barang
then dlm 3.45 gerak g umah kak irah n sampai dlm kul 4
pastu dlm 4.30 gerak ke RP Taman Melawati
duduk-duduk dulu then kak Ita sampai n sume gerak ke K-Klub
around 5.30 start swimming (tp sy ngan kak irah xberenang...kami berendam je...hehe sb xreti renang)
ramai gak yg join (kak Ita & anak-anak, kak Yan & anak-anak, kak Maiza & anak-anak, kak Jah & abg Yang, wak Ang dgn wife & anak, echah, syikin, kak Irah & sy)
yuyui n ika ajar kak irah n sy cara bernafas dlm air n selam muka (akhirnya....berani gak nak buat...hehe)

lama pastu hujan lebat so kitorang sume naik mandi n siap-siap
sume setel around 7.30.... pastu g makan (mase tu mmg lapor lerr....hohoho)
bual-bual,gambo-gambo,makan-makan......
gerak blk dari sane dlm 9.30
pas singgah RP....gerak g umah kak Irah sb sy parking sane
and sampai umah dlm 10.30.....
lalu................

Tidoooooooooo..... (memang nyenyak) ^_^

Jan 19, 2011

Yeaaahhh

dari aritu asik tringat kt William je.....huuuu
teringat & teringin....... (kena manderam ke ni...??)
wawawa walaupun environmentnye kurang kurang.....hohoho anda phm kot
tapi kelazatan makannanye tetap menjadi pOjaan hatikuuuu

dah berapa hari asik btau kat ajas yg amai ni teringin nak makan kat situ
die kate nanti ea.... nanti.... huuuu
pastu tadi btau lg n die kate mlm ni kite g ea.... InsyaAllah after klas silat =)
hopefully jadi..... heeee
me likeeee it sooOOoo muchhh.... nak roti hawaii tuu....nak roti hawaii tuuu (^_^)^_^)

Roti Hawaii - rotinye sedap ada sosej n telur

Air Magga - pure tauuu.... sedaaappp mmg rase mangga lah...hoho
 pic amik dr google...nyum nyum

Jan 17, 2011

mood lari..................

Jan 15, 2011

Editing

dolu-dolu suke edit gambo
edit biase-biase je....wat syok sendiri.... huahuahua
leh sampai x tido sb syok sgt....tp pas dah edit tido smpai kul bape ntah hoho
skg dh lame sgt-sgt xde photoshop dlm lappy ni
so bile dh lame x di polish....yg pudar makin hilang....huuuu

sy buat entry ni sb td godek-godek frenster n ade album edited pics dulu
tu yg teringat tu.... dulu kt edited pics suke ltk 'mynemishmay'@'mashi'@'mashro'
trademark kunun-kunun nye....hohoho
below is some of the pics......


T-shirt





 Business card utk presentation

Button

Packaging utk presentation

Masa ziarah kanak-kanak HIV

Jan 14, 2011

uptown

suke g uptown tp xsalu dpt g
bannyaaakkk choice n murah2
tp kne pilih yg betul2 ok punye
murah n nice adalah pilihan ku lg2 skang still ber-status student
hehehe (^_^)

Jan 13, 2011

....

akan datang kita x tahu kita ni mcm mana....
masih boleh kah seperti sekarang....
atau.......hmm
berdoalah pada-Nya.....
saling mengingati sesama kita....
jangan sematkn walau sekelumit rasa bangga, sombong mahupun riak.....
bersyukurlah pada-Nya yg Empunya gerak.....

Jan 12, 2011

InsyaAllah....

Hamba-Mu ini teringin utk kesana.... dgn izin-Mu Ya Allah...
Bersama-sama rombongan Beliau ke Rumah-Mu....
Membawa kedua Ibu Bapa ku ke Rumah-Mu bersama-sama mengikuti rombongan Beliau....

Dengan izin-Mu Ya Allah....dengan izin-Mu...
InsyaAllah.....

Jan 9, 2011

Alhamdu lillah (^_^)^_^)^_^)

Alhamdu lillah....
Malam td di izinkan-Nya utk menghadiri majlis tersebut...
Gembira hingga ke pagi ini..... Terima kasih Ya Allah
Terima kasih atas rasa yg Engkau pinjamkan pd hamba-Mu ini
Semoga hamba-Mu tidak leka dgn rasa itu
Semoga hamba-Mu ini sentiasa bersyukur pd-Mu atas apa jua rasa yg dipinjamkan....

Terima kasih Guru ku
Terima kasih Ibu ku
Terima kasih Ayah ku
Terima kasih sahabat-sahabat ku

Jan 8, 2011

On9

*Sudah kembali online*
*Baru pindah umah 1/1/11 aritu*
*Dan sekarang wireless baru kembali berfungsi*
*So bace blog kegemaran spt kak mas / kak mailal / tuan muda / cik fifah dll yg dh hampir seminggu tak dpt bace ^_^ *

*
*
*
*
*
*
*
*
:: Makcu rinduuu Adam.......